SeLaMaT HaRi LaHiR 4 u  

Friday, January 30, 2009

Awan berarak ceria
tiada titisan hujan
pohon melambai tanda sokongan
kususuri perjalanan bertemanka senyuman dihari lahirmu sahabatku
dedaun berguguran
membuktikan kedewasaan
walau tanpa mata dan hadiah
namun cukup untukmu
sekadar ucapan
selamat hari lahir
iringan doa ku hulur
bersyukur kepadaNYA
atas nikmat usia
sahabat
usia yang Tuhan kurniakan ini
kau hiasilah ia dengan amalan yg murni semoga ia menjadi temanmu di akhirat sana
usiamu ibarat mutiara
tiada berganti lagi
hiaskan iman bersulam takwa
agar sempat mengucup haruman syurgawi

Lagu ini ditujukan khas tuk dekdA291 Coz semlm genap usie die 23thn..
eemmm btmbah lgi usia... tp sy blm sampai lg..lau mkn nasi minyak,
die dlu la kot...xleh langkah bendul..:)

tp xpe wpun usia mnigkat die tetap mantain...msih cool ngan gaya lawaknya. ku mengenalinya dh hmpir 3thn sejak mula2 mlangkah ke upsi ni. ye lah, dia adalah roomate ku yang pertama dan sekrg still lg bersama...bertukar gnti ngan si Ain debab..:) i hope berhubungan ini akan kekal selamanya dan semperna hari yang bermakna ku pohon agar di kau sentiasa dlm keredhanNya. bahagia dunia n akhirat...dpt ape yg dhajati n bersyukur ats nikmat usia yg diberi moga kite same2 mnmbahnya amal ibadat untuk bekalan di sana nanti.. thkz terimaku sbg sahabatmu moga Allah merestui n meredhai perhubungan ini...amin U i LuV

AddThis Social Bookmark Button


Kawan, Sahabat, Teman...de beza ke???  

Friday, January 23, 2009

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
Teman yang baik adalah anugerah yang tidak ternilai daripada Allah. Teman yang baik penunjuk jalan, penguat langkah dan azam, pendamping yang akan selalu mengingatkan untuk bersungguh-sungguh berusaha membuat bekal negeri abadi. teman yang selalu memberi nasihat serta teguran bila kita membuat salah. Manusia yang lemah seperti kita tentunya memerlukan teman, untuk berkongsi suka dan duka, untuk mengingatkan kala terleka, untuk menemani kala beramal ibadat agar lebih bersungguh-sungguh, demi bersama meraih syurgaNya. Seorang Nabi Allah, Nabi Musa AS pun memerlukan teman lantas baginda berdoa kepada Allah agar mengurniakan teman penguat langkah, teman ke syurga. Adakah anda sudah bertemu dgn seorang teman seperti ini??? sukar bukan..tapi itulah realitinya.

kawan...sahabat... atau teman... bergantung pada penilaian anda sendiri. tapi sekarang untuk kita bertemu dgn kawan yg boleh menjatuhkan, atau tikam dari belakang tentu byk kan...depan mata kita je...jadi, bagaimana anda mengekalkan sebuah perhubungan dengan sahabat anda, sentiasa menjaga hatinya... atau berbuat baik kepdnye...atau mengikut shj telunjuknya...agar anda diterima. tapi tentu beruntung kan kalau dpt seorang teman yang memahami diri kita. mengambil berat... bertanya khabar...menolong n membantu bila susah...n ape2 je baik dibuatnye... mesti terharu kalau difikirkan. orang kata bercinta biar satu...berkawan biar beribu..jadi, maksudnya, kita berkawan bukan tuk sehari 2, tapi tuk selamanya, bukan ade niat tertentu atau mengambil kesempatan...maksdunye kerana harta, sebab perlu prtolongan...sebab xde kwn lain so kite terima die...tu tnye la diri anda sendri cozz die kawan...sbhabat atau teman anda dan begitu juga lah dalam mencari pasangan hidup. jadi, anda lah yang lebih tahu akan hal tersebut..:)

Marilah sejenak kita mengambil pengajaran dari Hadith Qudsi, dari Allah, Pencipta dan Pemilik kasih sayang dan cinta, yang menitipkan kasih sayang antara hati-hati, yang mengekalkan ikatan antaranya, yang memperteguhkan janji ikrar mereka untuk menjadi 'teman ke syurga', mencari redhaNya yang Esa, Pemberi Segalanya, Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. "CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling mencintai kerana Aku, CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling bersilaturahim kerana Aku, CintaKu mesti bagi orang yang saling menasihati kerana AKu, CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling mengunjungi kerana Aku, CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling memberi kerana Aku" (Hadith Qudsi) Lihatlah betapa Allah menjanjikan cintaNya yang Maha Agung kepada "teman ke syurga". Besarnya kemuliaan Allah janjikan kepada mereka yang mendasari perhubungan kerana sama-sama mahu mengejar redhaNya, menjadi teman ke syurga lantas dikurniakan teman ke syurga.

AddThis Social Bookmark Button


Kejayaan Tahun Baru...2009  


Assalamualaikum....
sekadar nk kongsi kejayaan yg dikecapi...ye lah xsume leh smpai sne..:) tpi xmustahil anda juga mampu kecapinya. ke mana???...mount kinabalu. tak sangka sabah kaya dengan kazanah, ye lah sblm ni kite dgr n tgk d tv n paper ye but bile pg sndri....subahanaAllah...cukup tertarik bg mereka yg sukakn suasana laut n hutan...sy harap ianya kekal sepanjng zaman coz lau tak x, x mungkin org asing sggup dtg untuk menikmati keindhn tersebut. tapi yg menjadi kebanggaan utk diri sy sndiri adlh dpt daki n rasai sndiri keindhan mount tersebut hngga kepuncaknya...perjlnan ke sana mengambil masa yg agak pjg lbh krg 5 jam (bergntung pd stamina n kami blh dkatakn agk awl smpai) dan memg amat memenatkan serta cukup menguji kethnan mental n fizikal coz sy hmpir pts smngat tuk daki coz xthn dgn kepenatan. tp ku gagahi jua, xleh pndng blkg lagi. semasa dlm perjlnan tersebut, byk pngjran n pglman yg sy dpt.. semasa daki apa yg kami perhatikn hanya group kami shja org Malaysia kcuali de 1 team yg dh pjlnan nk trun (terfikir sejenak) coz sumenya org asing dan kami sempat berkenalan dgn org korea, Uk, kanada n byk lg...yg rasa bangganya de yg leh ckp malay (sikit2 la n de yg nk bljar ngn kami). saya juga rs bangga dgn cara org asing coz diorg snggup bw ank skli masa daki gnung...kiranya 1 family dtg. hebat kan.tpi i"Allah kita jg mmpu mbuatnye...)bile???ntah la. kalau knk2 pun blh daki, kita mcm mane??? blh kan. sy juga terharu bila di ats sane de bbrpa org pkerja laki2 n permpuan yg muda n jg dh brumur snggup naik trun gnung dgn mngkut brg tuk dhntar ke restoran ats sane (laban rata) spt tong gas, sayur2ran, n brg2 lain n time trun pula mereka mbwa smpah sarap yg dkutip. ni lah cara mrk tuk dpt sesuap nasi wpun upah yg diperolehi x berbaloi dgn kepenatan yg dirasai...:( tapi kalau xde mereka siapa lg yg sanggup???.
semasa perjalanan trun saya mgambil msa skjap je ngn sofie( kawan sy) dlm 2jam 20 mnt wapun xcpai target kmi tuk smpai 2 jam shja. tapi kira skp bagus la coz yg lain ambik masa de smpai 4 jam tuk trun dlm group kami..msa trun sy xberhnti rehat. terus...terus...dan terus berlari sbb xsbar nk trun...hehheh...tapi masa dlm pjlnan sy rase ksian plak tgk mereka yg baru nk daki. masa tu mcm nk bgtau je. "tak yah lah naik, memang penat sgt" n terfikir mcm xpcya plak sy dah smpai ke puncak n blh naik smpai ke sana. ye lah, msa kat puncak dah taubat ni lah yg first n last sy naik sni...tapi keseonokan xdpt dgmbar dgn kata2...:) so rasailah sndiri cmne??? sya percaya ada yg berniat tuk naik tp blm tercapai or xde peluang lg...i'ok. akn dtg la nti plg tu coz sy dh capai hasrat saya...alhamdulilah...takbir

AddThis Social Bookmark Button


Kenali Keluarga  

Tuesday, January 20, 2009


Assalamualaikum...eemmm ni lah lau nk kenal family ana. xramai pon 13 orang je. 4 orang jejaka (2 dah kawin), 9 orang perempuan ( 4 orang dah beristeri). anak sedara stkat ni baru 17 org..:). orang selalu kata wau meriahnya adik brdik ramai tp bg saya, tak rasa ramai pon mcm biasa je..myb coz bkn selalu dpt kump ramai2. ye lah msing2 de tggjwab...dah ada keluarga, kerja n still study. so, leh jumpe time raya @ de majlis besar2 skit...baru meriah sikit rumah tu...dgn telatah anak sdara yg pelbagai ragam...kadang2 mcm nk runtuh plak umah tu...ye lah terkejar sana terkejar sini. pening di buatnya..tapi nk buat camne tu dunia mereka. tapi yang penting ukhwah antara kami kekal selamanya... bak kata mak, biar kita susah n senang same2. ye lah selepas kematian arwah ayah pd 2002 kakak n abang yg banyak membantu adik2 meneruskan pembelajaran n memberi sokongan untuk terus berjaya. so, saya lebih senang berkongsi dengan family bila ade masalah atau perlukan pertolongan kerana saya percayakan mereka. keluarga adalah segala2nya dan bila ingin melakukan sesuatu perkara, keluarga yang lebih d utamakan. Jadi, tidak mustahillah lau saya cerita pada adik, kakak atau mak untuk pergi ke sesuatu tempat atau nak buat sesuatu, dgn cepatnye yg lain dpt tahu dan akan bertanya perkara tersebut...:) walaupun jauh perbezaan umur antara saya dengan kakak n abang yg sulong iaitu hmpir 20 thn tapi, hubungan kami tetap mcm kawan...leh share minat n hobi yg same. kami berkump biasenya kami akn adakn kenduri, BBQ, berkelah, n mkn angin... saya berharap ukhwah n silaturahim yg terjalin antara kami berpanjangan n kekal dunia n akhirat... tq my mum.

AddThis Social Bookmark Button


PALESTIN.....Apa Yang Dapat Kami Bantu  

Monday, January 19, 2009

Sebenarnya kisah Palestin tenggelam dan timbul kerana banyak isu lain yang lebih diutamakan di dalam akhbar-akhbar dan media massa. Sehinggalah beberapa hari ini Israel semakin mengganas dan membunuh lebih 300 orang Palestin.Apa hebatnya Palestin sehingga semua umat Islam perlu mengambil cakna kepadanya?Palestin dianggap tanah suci umat Islam berdasarkan firman Allah swt yang bermaksud :
"Wahai kaumku! Masuklah kamu ke tanah suci yang telah Allah swt perintahkan bagi kamu sekalian." (Surah al-Maidah : ayat 21)
Palestin adalah tanah yang diberkati Allah. Firman Allah swt yang bermaksud :
" Maha suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada satu malam dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa yang telah kami berkati di sekelilingnya.
(Surah al-Isra' : ayat 1)
Firman-Nya lagi yang bermaksud :


" Dan telah Kami tundukkan untuk Sulaiman angin yang sangat kencang tiupannya yang berhembus dengan perintah-Nya ke negeri yang telah Kami memberkatinya. Dan adalah Kami Maha Mengetahui segala sesuatu."
(Surah al-Anbia' : ayat 80)

Di tanah itu terdapat Masjid al-Aqsa yang merupakan kiblat umat Islam yang pertama sebelum ditukar ke Masjidil Haram menghadap Kaabah. Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud :" Tidak digalakkan mengambil berat dalam pengembaraan kecuali kepada 3 masjid : Masjid al-Haram, masjid ini (Masjid Nabawi) dan Masjid al-Aqsa." (Riwayat Bukhari, Muslim, Ibnu Majah dan Abu Daud)Di bumi ini, terdapat ramai pesuruh Allah swt yang diutuskan di antaranya adalah Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Ishak dan Nabi Luth. Di sini juga adalah bumi Nabi Muhammad saw diisra'kan.Allahu... Allah...


Bangunlah Wahai Pahlawan IslamBumi ini pernah diperintah oleh Kristian selama beberapa ketika dan akhirnya jatuh ke tangan pahlawan Islam yang terkenal iaitu Salahuddin al-Ayyubi, seorang pemuda bangsa Kurdi, bukan berbangsa Arab. (Sesiapa yang berjuang di atas nama Islam, pasti Allah akan tingkatkan darjatnya)British telah mengisytiharkan penubuhan negara haram Yahudi menerusi Perjanjian Balfour pada 2 November 1917 dan mendapat persetujuan Amerika Syarikat pada 31 Ogos 1918.Pelajar Melayu yang belajar di Mesir pernah berjuang dengan menubuhkan Persekutuan Putera-Putera Semenanjung (PPS) yang kemudiannya ditukar nama kepada Persekutuan Melayu Mesir (1952) dan akhirnya nama yang terakhir adalah Persekutuan Melayu Republik Mesir, PMRAM (1971) bersama-sama kerajaan Mesir pada masa itu untuk memerangi tentera Israel yang bergabung dengan Perancis dan British. Pada 29 Oktober 1956, di atas semangat persaudaraan Islam, PMRAM telah menyertai tentera Mesir memerangi tentera musuh hingga ke perbatasan Suez. Para pelajar yang tidak berkeupayaan menyertai jihad ini telah memberi sumbangan dengan menderma darah. Golongan siswi pula tidak ketinggalan memberikan sumbangan menerusi khidmat menjahit pakaian tentera.Mereka Saudara KitaDan kini bumi Palestin telah digemparkan sekali lagi dengan peristiwa pembunuhan yang seolah-olah tidak akan sampai ke penghujungnya sehinggalah Yahudi melalui Israel Zionis menguasai setiap inci tanah Palestin. Namun yang perlu kita fikirkan adalah nasib saudara-saudara seIslam yang terkorban dan al-Aqsa di bawah penguasaan Israel Zionis. Apa yang dapat kami bantu wahai saudaraku...
1. Sekiranya anda seorang guru, ustaz, penceramah, rakan-rakan yang sedar dan cintakan saudara seIslam serta al-Aqsa, sampaikanlah kepada mereka akan kepentingan Palestin, Masjidil Aqsa serta semaikan di jiwa mereka kisah pahlawan Islam dan penderitaan saudara kita di sana. Sesungguhnya kita ini disatukan dengan kalimah La ila ha illaAllah.
2. Sekiranya anda berkemampuan dari segi kewangan maka bolehlah menderma di sini.
3. Sampaikan berita-berita terkini mengenai Palestin dan umat Islam di negara lain melalui emel, YahooGroup, SMS, MMS, majalah dan sebagainya sebagai medium penyampaian untuk memberi kesedaran kepada umat Islam dan rakyat Malaysia tentang penderitaan rakyat Palestin.4. Anda boleh berusaha untuk memboikot barangan atau pengeluar yang membantu Israel dalam membangunkan ekonomi dan membunuh umat Islam di Palestin.

5. Sekiranya anda seorang penulis, wartawan, kolumnis atau seorang yang mempunyai kesedaran tentang pentingnya menyelamatkan tanah Palestin, al-Aqsa dan umat Islam, silalah untuk menulis surat, menulis artikel dan petisyen. Mudah-mudahan dengan usaha ini, ada di antara mereka yang berkuasa dan benar-benar sayangkan Islam akan memanjangkannya kepada pihak atasan, kedutaan dan lebih dari itu, OIC.
6. Sekiranya anda seorang penulis blog, admin web, pereka grafik yang kreatif membuat widget, bolehlah memaparkannya di blog dan web masing-masing. Anda disarankan juga untuk memakai baju "Bebaskan Palestin".
7. Jangan lupa untuk mendoakan mereka di Palestin, juga untuk para pejuang Islam yang sedang berjuang di negara masing-masing.Mudah-mudahan dengan usaha kecil kita ini dapat meringankan beban penderitaan umat Islam di Palestin. Dan Allah memandang kita sebagai Muslim yang telah berusaha untuk membantu saudara-saudaranya...InsyaAllah.
Sumber Rujukan :1. Professor Madya Dr Mohsen M Salleh, Isu Palestin, Latarbelakang dan Kronologi Perkembangannya sehingga tahun 2000, 2001, Fajar Ulung, Kuala Lumpur.2. Abdullah Nasir Ulwan, Pejuang Pembaharuan Salahuddin al-Ayyubi, Cetakan Pertama 1999, Darul Nuqman,Kuala Lumpur3. Ibnu Ismail, Nostalgia Syuhada' Palestin. Cetakan Pertama 2003, al-Qassam Library, Pahang.

AddThis Social Bookmark Button


Coretan dari Bingkisan Hati  

Saturday, January 17, 2009


Adakah anda pernah terfikir “Kenapa orang lain tidak fikir sama seperti apa yang kita fikirkan” dalam situasi seperti ini boleh menyebabkan timbulnya perasaan sakit hati, hampa, pasrah, benci, menyampah dalam diri kita. Kenapa saya berkata demikian???..kerana kadang kala orang lain sering melakukan sesuatu tindakan atau perkara tidak sama seperti yang kita inginkan dan kehendaki. Mereka seolah-olah membuatnya sekadar ‘main-main’ atau ala kadar atau tidak bersungguh-sungguh sedangkan perkara tersebut harus di pandang serius dan penting. Akibat daripada perkara tersebutlah akan menimbulkan konflik, ketidaksefahaman dan ketidakpercayaan antara seorang individu dengan individu lain atau dalam kumpulan. Oleh itu, saya yakin, kebanyakan semua orang pernah mengalaminya dan pernahkan anda terfikir kepada mereka bertindak demikian sedangkan tidak anda. Namun, selepas saya belajar bidang kaunseling, barulah saya mendapat jawapan daripada persoalan saya selama ini. Saya hanya berpegang pada 3 ayat sahaja untuk memujuk hati saya apabila berhadapan dengan manusia yang pelbagai ragam…nak tahu…???eemmm…Manusia Itu Unik. Disebabkan keunikan inilah menyebabkan kita sentiasa berjumpa dan berhadapan dengan pelbagai jenis sifat dan ragam manusia di muka bumi ini. Jika tidak di sebabkan keunikan ini mesti hidup kita tidak ceria dan meriah.
Cuba anda bayangkan sekiranya Allah S.W.T hanya menciptakan semua manusia mempunyai satu perangai iaitu semua garang atau semua pendiam dan semua sensitif atau pelbagai lagi. Mesti hidup ini tidak berseri kerana semuanya sama, jadi kita tidak boleh berkongsi tentang apa yang ada pada diri masing-masing kerana orang di sekeliling kita juga sama dengan apa yang ada pada diri kita. Sebaliknya, jika kita mempunyai perwatakan, citarasa, dan minat yang berlainan dan berbeza dengan orang lain, semestinya kita ingin berkongsi dengan orang tersebut. Jadi, bagaimana??? adakah anda boleh menerima kenyataan tersebut. Ingat sebelum kita berhadapan dengan orang lain, kita perlu tahu dan jaga sikap dan perwatakan kita. Jangan anggap apa yang kita lakukan semuanya betul dan boleh diterima oleh orang lain. Saya ingatkan bahawa setiap orang mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Jadi, jangan kita anggap semua manusia itu ‘perfect’ kerana ini akan menganggu hidup anda sendiri. Oleh itu, belajarlah memahami diri, kawan, keluarga, atau pasangan kita kerana manusia tidak boleh berubah seperti mana yang kita inginkan dan hanya kita yang mampu mengubah diri sendiri.

AddThis Social Bookmark Button


Cerpen Dari Singapura  

Cerpen ini diambil daripada laman web cerpen Singapura. Semoga kita mendapat sesuatu daripadanya.

Dia sudah tidak tahu apa yang patut dikatakannya.
Hari demi hari keadaan semakin buruk. Keadaan sekelilingnya diSingapura yang penuh dengan cabaran hidup. Dia sering termenung dan berfikir panjang.

- Kau ada baca berita baru2 ini disuratkhabar tak?-
Tanya seorang kawannya.
- Berita tentang pemerintah kita yang telah meluluskan KASINO?-
Tanya kawannya lagi.

Dia hanya tersenyum dan mendiamkan diri.
- Apa pendapat kau- Tanya kawannya lagi. Dan dia hanya tersenyum sinis.

Didalam benak kepalanya hanya Tuhan sahaja yang tahu!
Berita tentang pemerintah Singapura yang telah meluluskan perniagaan kasino dengan berbagai2 alasan itu ditelannya dengan begitu pahit sekali. Dia hanya mengeleng2kan kepalanya bila dia seorang diri. Tanda tidak puas hati dan tidak bersetuju. Dihadapan kawan2nya, dia cuba mengelakkan dirinya dari berbual tentang perkara itu.

Dilihatnya keadaan manusia2 disekelilingnya diSingapura.
Dia merenung anak2nya. Ahli keluarganya. Kawan2nya dan manusia2 lain disekelilingnya.

Dia melihat debu2 kota Singa semakin merimaskan.
Dia melihat kejatuhan moral diSingapura dimana-mana.
Kejatuhan prinsip moral secara senyap-senyap!
Kejatuhan segal sifat2 manusia yang mulia!
Kejatuhan moral manusia2 disebabkan sifat tamakkan kekayaan harta dan kemewahan hidup!
Dia melihat keruntuhan sifat hati budi manusia dizamannya.
Dia melihat hina dan kejinya hati manusia!
Kehilangan pegangan sifat budiman disebabkan takut miskin dan terlalu shak wasangka.
Dan sudah menjadi tamak..!! Amat tamak...!! Amat kronik...!!

Dia semakin sedar, bahawa diSingapura .... Wang dollar, kekayaan harta, kemewahan dan keselesaan hidup adalah segala2nya!

Apa peduli dengan moral!
Apa peduli dengan orang lain kata....!?
Yang pentingnya ialah bagaimana kita boleh menjadi kaya-raya, mantap ekonomi, senang dan mewah hidup..!
Bukankah itu adalah satu faktor yang fact lagi reality...!!
Bukankah itulah dia kenyataan hidup....!!

Kita mesti berusaha untuk jadi kaya-raya tidak peduli dengan apa cara sekali pun..!!
Slogan ini hendaklah ditanamkan didalam kepala, hati dan jiwa kita, anak2 kita, ahlikeluarga kita, bangsa kita sepanjang masa...!!
Itulah slogan hidup kita sebagai rakyat Singapura...!!

Kita mesti kaya..!
Kita mesti kaya..!
Kita mesti kaya-raya..!
Tidak kira apa cara sekali pun..!
Itulah slogan kita..!!

Kita perlu bijak bermain kata dan lojic atau apa sekali pun untuk menyokong slogan hidup kita....!! Kita mesti pandai memberikan hujah2 yang meyakinkan orang lain supaya mereka akan menyokong kita dan tidak berdaya membangkang serta terpengaruh dengan slogan kita...!!
Kita mesti bijak memainkan peranan memutar belit kerana tujuan slogan kita!
Yang pentingnya ialah kita mesti kaya!
Kerana wang dollar adalah segala-galanya!
Kerana kekuatan ekonomi adalah segala-galanya!
Bukan kekuatan jiwa, moral atau jati diri..!!

Awak bertanya tentang soal moral...?
Awak bertanya tentang soal ..... apa kata orang2 yang ahli beragama...?
Jawapannya adalah mudah..!
Biarkan mereka dengan sedikit tidak senang mereka! Keadaan itu akan berlalu! Kerana Wang adalah segala-galanya..!!! Kuasa wang akan membuat mereka terdiam dan mendiamkan diri..!

Dia maseh merenung panjang....
Dan dia juga sedar bahawa dia sedang hidup dipenuhi dengan manusia2 yang hauskan slogan itu!
Slogan yang secara rahasia begitu kuat sekali dipegang oleh ramai orang di Singapura!

AddThis Social Bookmark Button


 

Design by Amanda @ Blogger Buster