.:::TAZKIRAH : PERBAIKI DIRI DGN SOLAT::.  

Friday, October 30, 2009

Assalamualaikum wbt...

Kejayaan semua manusia, di dunia dan di akhirat dalam agama, dilihat daripada sudut sejauh mana kita mentaati perintah Allah dengan cara Nabi S.A.W. Dunia sementara akhirat kekal abadi. Berjaya di dunia berjaya sementara tetapi berjaya di akhirat kekal abadi. Gagal di dunia gagal sementara tetapi gagal di akhirat kekal abadi. Kejayaan kita bukan dalam logik akal atau apa yang zahir di depan mata kita. Sebuah tamsilan: "Apabila bulan mengambang, seorang yang lalu di tepi tasik atau sungai akan nampak seolah-olah bulan tersebut berada di dalam air. Tetapi tidak, bulan itu sebenarnya masih tetap ditempatnya di langit."


Begitu juga kejayaan kita, bukanlah seperti sangkaan kita.Seumpama dalam pangkat, harta, kecantikan atau kuasa. Tetapi kejayaan kita sebenarnya dalam redha Allah SWT. Untuk mengamalkan agama maka kita memerlukan iman. Hanya dengan imanlah kita mampu meninggalkan keinginan perasaan. Iman ini pula selalu turun naik. Kalau turun naik, maknanya masih ada iman. Tetapi masalah kita hari ini ialah iman kita keluar masuk. Ditakuti ketika nak mati iman kita keluar dari diri kita, wal'iya zubillah. Apabila iman kuat segala perintah Allah mudah untuk dilaksanakan tetapi bila iman lemah, nak sebut nama Allah yang indah pun tidak ada kekuatan. Untuk mengetahui di mana tahap iman kita maka kita hendaklah mengukurnya dengan solat.

Kenapa dengan solat? Jawabnya, kerana solat adalah sebesar-besar dan semulia-mulia perintah yang diturunkan oleh Allah ke atas kita.Untuk perintah yang lain, Allah turunkannya melalui perantaraan malaikat Jibril. Tetapi untuk perintah solat, Allah menjemput sendiri kekasih-Nya Nabi Muhammad saw untuk menerimanya. Solat adalah julung-julung perintah yang akan disoal oleh Allah di hari akhirat nanti.

Jika solat lepas, maka yang lain InsyaAllah akan menjadi mudah. Tetapi jika solat tidak lepas, maka yang lain akan gagal. Barang siapa dapat menjaga solat 5 waktu dengan cara berjemaah (untuk lelaki), maka Allah janjikan 5 ganjaran:


1. Dilepaskan dari kesempitan hidup dan mendapat keberkatan rezeki.

2 Dilepaskan dari siksa kubur.

3. Dapat buku catatan amal melalui tangan kanan.

4. Melintas Titian Sirat pantas seperti kilat.

5. Masuk jannah Allah tanpa hisab.


Kita perlu berusaha supaya solat kita khusyuk dan khudu'. Maksud khusyuk ialah solat kita penuh dengan tumpuan terhadap Allah. Sepertimana sahabat-sahabat Nabi S.A.W., solat mereka begitu khusyuk dan nikmat sehinggakan selemah-lemah sahabat pun diriwayatkan sekurang-kurangnya mereka solat 200 rakaat setiap hari.


Kisah solat para sahabat:-

Pada suatu ketika di medan jihad, Nabi telah bertanya kepada para sahabatnya, siapakah yang bersedia untuk menjaga khemah beliau pada waktu malam. Dua orang sahabat telah bersetuju. Seorang bernama Ammar bin Yasir r.a dan seorang lagi bernama Abbad bin Basyir r.a. Pada malam itu mereka telah berkawal. Abbad telah mencadangkan kepada Ammar supaya mereka berkawal secara bergilir. Beliau akan menjaga pada sebahagian malam dan Ammar akan berkawal pada sebahagian malam lagi. Ammar telah bersetuju. Maka Abbad telah berkawal. Sementara berkawal beliau telah mendirikan solat. Dalam solatnya itu, beliau telah membaca surah Al Kahfi. Seorang peninjau musuh telah melihat beliau sedang solatlalu melepaskan panah kepadanya. Satu anak panah telah kena pada badannya. Apabila melihat beliau masih tetap solat, maka musuh telah melepaskan panah yang kedua. Bagaimanapun, Abbad tetap juga solat. Musuh tersebut melepaskan panah yang ketiga, lalu Abbad memberhentikan solatnya. Apabila melihatkan keadaan itu dan terlihat Ammar yang berada di situ, maka pihak musuh menyangkakan masih ramai lagi tentera Islam yang berkawal di situ. Lalu musuh tersebut telah melarikan diri. Dengan badan yang berlumuran darah, Abbad telah mengejutkan Ammar yang sedang tidur. Melihatkan badan sahabatnya yang berlumuran darah itu, Ammar begitu terkejut. Ammar bertanya mengapa beliau lambat membangunkannya. Dia menjawab, ketika itu beliau merasa sungguh nikmat dan malu dengan Allah untuk menghentikan solatnya. Tetapi apabila panah yang ketiga mengenai dirinya, beliau bimbang akan keselamatan Nabi S.A.W., maka kerana itulah dia memberhentikan solatnya. Kalau tidak sudah pasti dia tidak akan menghentikan solatnya dan rela mati dalam keadaan demikian.Lihatlah mutu solat para sahabat. Bagaimana pula dengan solat kita hari ini? Seekor nyamuk pun boleh merosakkan solat kita. Firman Allah yang bermaksud:"Dan neraka Waillah bagi orang yang lalai dalam solatnya." (Surah Al-Ma'un) Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk mengamalkan apa yang kita tahu dan dapat menyampaikannya di antara satu sama lain...AMIN....

AddThis Social Bookmark Button


.::PETUA KHUSYUK::.  

Assalamualaikum wbt...

Sebenarnya khusyuk dalam Solat adalah sangat-sangat dituntut seperti Firman Allah s.w.t:-

yang bermaksud “Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya”[Surah Al-Mukminun : ayat 1-2]. Firman-Nya lagi:-

"Peliharalah segala sembahyangmu dan peliharalah sembahyang utama (Asar, Subuh) dan berdirilah untuk Allah (melalui solatmu) dengan khusyuk" [Surah Al-Baqarah : ayat 238] dan ketahuilah, solat adalah ibadah utama yang akan dihisab terlebih dahulu di akhirat oleh Allah SWT, berbanding dengan amalan-amalan yang lain. Sekiranya solat seseorang itu dalam keadaan sempurna, maka barulah dihitung pula amalan yang lain. Firman Allah lagi:-

yang bermaksud : "Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya." [Surah Al-Ma'un : ayat 4-5]

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya.

Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud : "Tidak ada habuan bagi seseorang hamba dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana yang ia ingat."

Hadis lain dari Rasulullah s.a.w. "Aku selalu mengingati mati dalam sembahyang". serta "Apabila kamu sembahyang anggaplah sembahyang ini sembahyang perpisahan".

Yang dikatakan khusyuk itu ialah hati sentiasa hidup, untuk mengekalkan sembahyang yang khusyuk, amalan berikut perlulah diamalkan dan diperhatikan oleh setiap orang yang mengerjakan sembahyang:

1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.

2. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan sholat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.

3. Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala masa hampir luput.

4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori'ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya.

5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu.

6. Rasa Malu (Haya') perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah.

7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita.

8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.

9. Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.

10. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran.

11. Mendirikan sembahyang secara berjemaah.

12. Mengambil wuduk dengan sempurna.

13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.

14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.

15. Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah.

Walau apapun syarat khusyu’ yang paling utama ialah kemantapan iman dalam diri terhadap Allah SWT. Oleh sebab itu, berusahalah untuk mengenali Allah dan memperteguhkan keimanan kepadaNya. Sebenarnya, khusyuk di dalam sembahyang bermula dari khusyuk di luar sembahyang. Kalau di luar sembahyang hati tidak khusyuk dengan Allah, memang payah untuk khusyuk di dalam sembahyang. Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk solatnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah SWT, ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar.

Apabila lalai ketika menunaikan solat bererti orang tersebut tidak akan berasa gerun ketika melakukan perkara keji dan mungkar. Menurutnya lagi bahawa solat itu merupakan "munajat" (berdialog dan berbisik) seorang hamba terhadap Tuhannya. Sayidina Ali k.w. boleh khusyuk dalam sembahyangnya hingga waktu orang mencabut panah di betisnya, dia tidak terasa apa-apa. Sayidina Umar Al Khattab pernah berkata, "Khusyuk itu bukan tundukkan kepala, tapi khusyuk itu dalam hati."

Kesimpulannya orang-orang yang takut kepada penciptanya dan menyedari ia hanyalah hamba akan patuh apasaja yang diperintahkan dan disampaikan oleh rasul serta akan khusyuk mendapat nikmat solat seperti firman Allah yang bermaksud:

"Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Yakni) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya" [Surah Al-Baqarah : ayat 45-46].

AddThis Social Bookmark Button


.::EXAM TERAKHIRKU DI UPSI::.  

Wednesday, October 28, 2009


Assalamualaikum WBT...
Emm..macam mana kawan2 skrg. minggu study week skrg ni.. tgh study ke? ke tgh siapkan tesis?eemm. tgk pada budak2 rumahku macam relax je diorg.x mcm minggu stdy je..emm mesti ilmu penuh di dada.hahaha. maaf lah sy ni bukan jenis otak pikat, baca sekali blh ingat so kenal lah study awl2 n ulang byk2 kali. syukurlah pada mereka yg leh stdy last2 mint.


Teringatku pada bekas hmate/ senior "akak dah bosan dah study almaklumlah sem 7 kan". tapi, bila terkena pada diri sendiri baru ku tahu itu bukan satu gurauan. memang perkara ni terasa pada diri sendiri almaklumlah sem last, mood tuk stdy pun dah kurang. lebih2 lagi duk pikir pasal tesis yg xsiap2 lagi. makinlah berserabut kepala nih. perlu pikir 2 perkara yang sama2 penting...Ya Allah kuatkan semangatku untuk tempuhi final exam. exam terakhirku di UPSI:)


Sekuat mana pun godaanNYA yang kita hadapi sekukuh bgmanapun cubaanNYA yg harus kita jalani. sebesar apapun kegagalan yg kita lalui. sejauhmanapun hari2 yg kita lalui. jangan pernah berhenti berharap pada pertolongan ILAHI. jangan berhenti berdoa kpd Ya RABBI kerana harapan adalah masa depan. harapan adalah sumber kekuatan kerana doa adalah pintu kebaikan kerana doa adalah senjata bg mereka yg beriman.


Semoga aku n kawan2ku selamat tempuhi exam..THe BeST 4 Your ALL.. moga Allah.....

AddThis Social Bookmark Button


.::HANYA DIA SEBAIK-BAIK PERTOLONGAN::.  

Assalamualaikum wbt...
Ku haus di tengah laut lemas mencari tempat bertaut. kirimkan aku kekuatan tempat pedoman bila kesesatan.

Ku sunyi dalam gembira perit, pedih tanggung derita. sungguh aku bukan wali yang suci dari hina. dakapkanku dengan selimut syurga. hanya padaMU tempat mengadu segala rindu. limpahkanlah rahmat kasihMu dalam kasih cinta sujud padaMu...

Jika ketenangan yang dicari, Allah S.W.T akan terus menguji hati kita sehingga pada satu kita akan rasa indahnya tawwakal kepadaNYA dan itulah nikmat ketenangan dalam jiwa...


Bila Allah Cepat Memakbulkan Doamu,
Maka DIA Menyayangimu...
Bila DIA Lambat Memakbulkan Doamu
Maka DIA Ingin Mengujimu...
Bila DIA Tidak Memakbulkan Doamu
Maka DIA Merancang Sesuatu Yang Lebih Baik Untukmu
Oleh Itu Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Sekalipun
Kerana Kasih Sayang ALLAH Itu Mendahului KemungkaranNYA...


Dalam sujud terakhirku Ya ALLAH Ya RAHMAN...

Ku lihat semua dosa yang membayangiku

kelam mencengkam jiwa yang lusuh

Dalam sujud terakhirku Ya RAHIM

Biarku musnahkan titik- titik kemunafikanku

agar ku kembali dalam pelukkan hidayahmu...

AddThis Social Bookmark Button


.::Kasih Sayang Mereka Tiada Nilainya::.  

Tuesday, October 20, 2009

Assalamualaikum wbt...


Ibu...akak...abang...adik...suatu nama yg cukup sinonim & signifikan dgn diri ku sebelum ku mengenal kawan2, sahabat & teman. Tanpa mereka ku merasa kesunyian, berjauhan dari mereka ku rasa kerinduan, suara mereka merubat permasalahan yg melanda diri. kau sumber inspirasiku, tempat bergantungku:)



kadang2 ku terfikir akan kehadiran mereka dlm hidupku
kadang2 ku terharu akan jasa n pengorbanan mereka
kadang2 ku tersenyum mengingatkan demi kegembiraan bersama
kadang2 ku terfikir adakah kenangan bersama adakah berkekalan


Adakah ku mampu n sempat membalas segala budi n jasa mereka terhadapku
Aku takut akan lupa diri. takut menjadi manusia yg sombong. takut menjadi manusia yg alpa.
Moga ku temui insan yg mampu memberikan kasih sayang seperti mana mereka
Insan yg mampu membimbingku n mengenal erti kasih sayang yg sebenarNYA.

AddThis Social Bookmark Button


.::ANTARA KAWAN DENGAN KAWAN::.  

Thursday, October 15, 2009

Assalamualaikum wbt...

Rehat sebentar di ruangan fakulti sains sosial & kemanusiaan d ukm setelah penat berjalan n hampa tak ku temui soal selidik yg dikehdki...ingt nk pg lbry tp dh xde mood...smbung edit tesis dh xberminat. nk p cari mkn, malas nk berjalan wpun lapor...so sekrg just nk rest n relax minda smbil meluahkan pd blog ni. tiba- tiba teringat kat kawan yg smbung master kat sini...emm kita yg masih xabis2 lg dia smbung bljar lg...xpe lah xyah lah ganggu diorg.ku sendiri di sini... mak su, miji n noriati. melihat gelagat pelajar ukm. kadang2 pabila berjalan mcm org asing di sini.. hhaha normal lah tu. imaginasi sndiri. bt selamba je mcm stdent kat sini. tegur org tu tegur org ni utk hilangkn perasaan sunyi n tak rasa terasing:)

Kadang-kadang ku senang bersendiri ke sana ke sini tanpa ada yg menghalang n tanpa perlu mengikuti jejak org n tanpa perlu fikir perasaan org, selesa ke tidak. tanpa perlu menunggu, ku berjalan ikut arah tujuku sendiri, tersalah xde org yg nak marah, terlewat x merugikn sesiapa n tak ada org yg perlu bergantung pdku. semuanya aku yg tertentukan walaupun ada yg merancangNYA.

Kadang-kadang ku terfikir, apa gunanya kawan kalau selalu ikut telunjuk org, selalu ikut fikiran sendiri, selalu nak org fahami kita, selalu tak puas hati dgn org, selalu nak marah2 org sesuka hati, selalu meminta simpati org, selalu mngharapkan pertolongan orang, selalu mencari salah org... tanpa memikirkan hati n perasaan org. jadi itukah kebahagiaan yang dicari demi kepentingan sendiri sebagai manusia yg bergelar KAWAN.

Adakah kita rasa hebat pabila mendapat kawan yg kaya, kawan yg bersimpati kpd kita, kawan yg fahami persaan kita, kawan yg blh tolong dlm apa jua keadaan, kawan yg boleh beri segalanya hanya kerana kita...sungguh bertuah lah diri kita. nak semua dapat. tapi itu yang di namakan kawan. semata-mata untuk pilih bulu, utk harapkan pertolongan, utk kita capai kepuasaan sendiri. moga kau temui....

Aku hanya manusia biasa, seorg hambaNYA yg hina, tiada apa2 keistemwaan. jangan hanya kesilapan semalam, tiada kemaafan untuk hari ini, mungkin esk kita tidak bertemu... ku hanya mampu mendoakan moga ditemui sinar bahagia... moga Allah memberkati setiap perjalanananmu...

Time out...saya perlu cau dulu dari ukm ni.. tuk teruskan perjalanan ke destinasi seterusnya... pergi mencari kebahgiaan di rembau. moga ku pulang dengan penuh senyuman>..:)
YA ALLAH, KIRANYA RASULMU HIDUP BERSAHABAT, KURNIAKAN JUA AKU SAHABAT, TETAPI, BIARLAH SAHABAT2 DARI LORONG YG MEMBENARKAN MU SPT KEBENARAN AS-SIDDIQ, BIARLAH SAHABAT DARI PINTU2 ILMU MU SPT ALI, BIARLAH SAHABAT DR KEMULIAAN KHADIJAH YG KAU CIPTA SBG PASANGAN KEKASIHMU... YA ALLAH AKU SEDAR AKU TAK LAYAK BERSAMA SAHABAT SPT ITU, AKU BERSYUKUR PERNAH DIPERTEMUKAN DGN SAHABAT SPT ITU, PADANYA ADA SEGALANYA YG TAK PERNAH KU SELAMI, PADANYA LETAKNYA APA YG AKU IMPIKAN SELAMA INI, BANTULAH HAMBA MU YG DHAIF LG HINA INI YA ALLAH, AKU INGIN JADI SPTNYA, MENJADI HAMBA YG HANYA MENCINTAI MU... TERIMA KASIH SAHABAT...

AddThis Social Bookmark Button


.::BERSEDIAKAH KITA DENGAN SESUATU YANG TAK DIJANGKA::.  

Tuesday, October 13, 2009

Assalamualaikum wbt


Semoga sahabat- sahabat seperjuangan berada dalam keadaan sihat dan sentiasa dalam perlindunganNYA...

Pada 12 okt 2009...
pukul 12 tghri tertidur lah sekjap utk menghilangkan keletihan
kerana kepenatan setelah balik dari kelas dan ketidakcukupan tidur pd malamnya...

12.30 tghri... tiba2 diri dikejutkan dgn seorg housemate yg menyatakn Ayah kpd seorg kawan NORAFITI (kwn rapat n jg rkn kls)kita telah kembali keRahmatulullah. antara percaya atau tidak? seolah2 bermimpi...terkedu sekejap... boleh percaya ke? atau nk menangis? tp benda tak berlaku dpn mata...tiba2 diri ini teringat keadaanku semasa detik kematian dan pemergiaan arwah ayahanda tercinta. mesti keadaan kawanku juga sebegitu? tidak boleh menerima keadaan ini. hanya mampu menangis

12.45 aku n housemate terus ke rumah kawanku utk menenangkan keadaannya. Menguruskan kawanku untuk pulang ke kampungnya? dgn bantuan seorg lagi kwn, dia menghubungi pihak kebajikan UPSI dan bantuan kami diterima n kawanku dpt pulang ke kampung pada jam 2.30 ptg. semasa diriku sampai ke rumahnya, dapat kujangka keadaannya kami hanya dapat berpelukan n memintanya bersabar sambil dia bercerita akan kebaikan ayahnya. Aku hanya mampu menangis dan menahannya di dlm hati sahaja agk dia tabah hadapinya. keadaan bertambah sedih kerana kami mendapat tahu kemungkinan jenazah ayahnya tidak sempat dilihat kerana proses pengurusan perlu disegerakan. Bayangkan diri kita sendiri, tidak dapat melihat wajah orang tersayang buat kali terakhir. Tiba2 teringat akan mak dikampung. Bagaimana keadaannya? adalah aku mampu dan bersedia menerima sesuatu yang mengejut dan tidak ku jangka dlm keadaanku berada berjauhan dengan mak? moga aku dpt bersamanya sehingga saat2 terakhirnya...Ya Allah panjangkan umurnya.

Dalam masa yang sama juga seorang housemateku berkata "aku sentiasa bersedia jika perkara ini berlaku pada aku" hal ini kerana ayahnya sedang sakit dan dia akan cuba terima keadaan ini jika ianya berlaku padanya. Jadi adakah anda juga bersedia menerima keadaan ini??? dan juga bersedia untuk diri kita sendiri menghadapi kematian ini??? sama2 menambah amal


Ya Allah engkau tabahkan hati kawanku moga dia dapat menjalani hidup dengan penuh kesabaran.. moga roh ayahnya ditempatkan dikalangan orang2 beriman... juga roh ayahanda, abang, nenek, datuk, saudara mara n semua muslim muslimat semua...amin...

AddThis Social Bookmark Button


.::BERMULANYA BUSY DISORDER::.  

Monday, October 12, 2009

Assalamualaikum wbt...


Salam ukhwah bagi mereka yg sentiasa menginginkan suatu perhubungan yg berlandaskan iman dan dalam menegakkan syiar Islam. Walau sesibuk mana kita sebagai khalifah jangan sesekali perkara yang wajib kita abaikan sehingga sejadah yg tersidai pun tak sempat dipandang, al-Quran dimeja tak sempat disentuh, kawan-kawan ditepi tak sempat nak senyum... Ibarat mengejar angin yang tiada penghujungnya. Akhirnya diri yang tersungkur dan tersadai di tepi laut hanya menanti tsunami untuk berserah pada nasib diri.


Kini, setelah di lihat kalender... sedar tak sedar dah pertengahan bulan oktober. maksudnya hanya tunggu beberapa minggu sahaja untuk berakhirnya semester ini. Apa yang perlu difikirkan sekarang? Ada lagi ke assignment yg tertunggak? adakah tesis yg tak siap di analisis lagi? atau memikirkan tntg pmhman subjek yg jauh ketinggalan? atau hanya menunggu exam yg tiada persediaan di minda? atau hanya meluahkan kesibukan yg melanda pada blog yg tidak bernyawa?


Kadang- kadang kesibukan mengajar kita untuk merancang, untuk bermotivasi, untuk merasa lebih takut akan masa yg berlalu atau untuk terus bertindak lebih pantas dlm mengejar semua perkara yang harus diselesaikan atas tanggungjawab kita sendiri. Tetapi, jangan sampai kesibukan yang melanda anda boleh menyebabkan tertekan, tidak bermaya, atau jangan sampai ianya menjadikan antara DISORDER. suatu penyakit yang menyebabkan kita tidak lagi mampu untuk berfikir dengan normal sebagai manusia dan menjadikan kita sebagai abnormal.


Apapun, perkara yang wajib harus diutamakan, perkara yang sunat harus dibiasakan, dan perkara yang penting harus didahulukan. semoga kita tidak menjadikan diri kita "Busy Disorder"iaitu kesibukan yang menyebabkan kita bingung dan celaru dengan masa yang ada dan tidak boleh dimanfaatkan sepenuhnya. wasalam

AddThis Social Bookmark Button


.::SATU CINTA::.  

Friday, October 9, 2009

Ku memohon dalam sujudku padamu
Ampunkanlah segala dosa dalam diri
Ku percaya engkau bisa meleburkan
Pendiriaanku…keimananku

Ku memohon dalam kusujudku padamu
Ampunkan lah segala dosa dalam diri
Ku percaya engkau bias meleburkan
Pendiriaanku…keimananku

Engkau satu cinta
yang selamanya aku cari
Tiada waktu ku tinggalkan
Demi cintaku kepadamu

Walau seribu rintangan
yang menghadang dalam diri
Kuteguhkan hati ini
Hanya padamu

Ku pasrahkan………….

Ohh Tuhan selamatkan hamba ini
Dari segala fatamorgana dunia
Ohh Tuhan jauhkanlah hamba ini
Dari hidup yang sia-sia

AddThis Social Bookmark Button


 

Design by Amanda @ Blogger Buster