Bismilahhirahmannirahim...
Assalamualaikum wbt...
Sesungguhnya kita yang merancang sesuatu yang di ingini @ hajati dgn usha kita & hasilnya berserah kepada PENCIPTA yang menentu segalanya.Kerna apa yang ditentukan olehnya adalah terbaik utk hamba2nya...
So "Dnt' be sad" dgn apa yg kita dpt n perolehi kerna mungkin DIA ingin menguji @ mengajar kita utk berfikir...????? ...>>>>>>>>>
Mungkin kita selalu mdgr kata2 di bawah ini yg diSabdakan oleh Rasulullah saw~ianya amat mberi pgjaran kpd mrk yg memahaminya agar diri sntiasa beringat & bersedia dgn masa sntiasa berlalu tanpa akan diulang lagi saat2 tsebut..>>>
Sabdanya yang bermaksud:
"Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara iaitu;
<<<...Masa sihatmu sebelum sakit
Masa lapangmu sebelum sibuk
Masa mudamu sebelum tua
Masa senangmu sebelum susah dan
Masa hidupmu sebelum mati....>>>
Masa yang dikurniakan olehNYA sentiasa mengejar mrk yg tahu menilai akan kepentingannya. Oleh itu, kita perlu menghargai saat2 yang dilalui agar tdk menyesal di kemudian hari....
Bijak pandai ada mengatakan, "masa itu emas".
Hukama pula mengibaratkan "masa sebagai pedang".
Jika kita manusia tidak berusaha untuk mendahului dalam maksud mengejar kepentingan dunia dan akhirat pada setiap masa, maka masa pasti akan mendahului kita.
Masa cukup berharga kepada manusia. Bagi mereka yang mempunyai kerjaya.
masa sudah tentu memainkan peranan penting kerana setiap saat dilalui, akan ada tugasan serta urusan harus diselesaikan mengikut kerjaya masing-masing.
Malah...Majikan umpamanya akan menilai keberkesanan tugasan pekerjanya dengan memperuntukkan tempoh tertentu untuk mereka menyiapkan tugasan. Apabila disiapkan pada tempoh seperti ditetapkan, maka pekerja itu benar-benar memahami kepentingan menjaga masa.
Sedangkan Islam sndiri mengajar manusia cara menjaga dan mengurus masa dengan baik serta berkesan mengikut kehendak syariat antaranya:
> Sentiasa menepati masa
> Membuat perancangan yang teliti
> Jangan membazir masa
> Menjaga kualiti masa
Jadi di sini Islam amat menjaga dan mementingkan masa agar ummatnya tidak lalai dgn keindahan Dunia yang mampu menjatuhkan martabat manusia itu sendiri...>>>
Martabat manusia dinilai dengan masa.
Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud:
“Sebaik-baik manusia yang panjang umurnya dan baik pula pekerjaannya, manakala sejahat-jahat manusia ialah yang panjang umurnya tetapi buruk pula amalannya.”
Allah menyatakan dengan terang dan jelas berkenaan orang yang untung dan rugi dalam pengurusan masa hidup mereka melalui firman yang bermaksud:
“Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan beramal soleh, dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.”
Oleh itu...BH mengajak diri & sahabat sekalian utk berlumba-lumba meningkatkan kualiti dan produktiviti. Manusia di tuntut menghasilkan sesuatu yang berkualiti dan bermutu supaya setiap masa dilalui memberi kebaikan.
Firman Allah yang bermaksud:
"Hendaklah kamu berlumba-lumba melakukan kebaikan.”
Rasullullah bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya, Allah kasih kepada seseorang di antara kamu apabila bekerja sentiasa meningkatkan mutu kerjayanya.”
Firman ALLAH swt juga bermaksud;
“Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan) kerjakanlah dengan bersungguhsungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Tuhan-Mu hendaklah kamu
berharap.”
InsyaALLAH...moga setiap amal & kebajikan kita dipermudahkan olehNYA dan semestinya jgn "terbuang masa yang terluang" dan hiasilah ia dengan pengisian yang berguna dan bermanfaat untuk diri kita dan jua orang sekeliling~
Waasalam....^_^