Selamat Menduduki 'FINAL EXAM' ...sesi 2 08/09  

Sunday, April 19, 2009


Assalamualaikum...rindunye ingin coretkan luahan dari bingkisan hati:)
Harap kekawan semua dalam keadaan stabil mental n fizikal. Saya tahu kawan2 semua agak 'tension' semester ini dgn program tuk assignment yg memerlukan bajet yg agak tinggi, proposal yg kurang bahan rujukan n no study week tuk final. memang agak mencabar kita untuk menjawab final exam yg bakal tiba. Jadi, saya harap dan berdoa moga kawan2 semua sabar dan tabah dalam menghadapi n menjawab exam. mungkin Tuhan ingin menguji hamba2 nya. moga kita sama2 mendapat yg terbaik walaupun ada yg kurang persediaan n masih memikirkan proposal yg belum siap n sempurna...tapi yang penting di sini kita perlu balance antara kedua2nya agar tidak terlalu fokus pd satu perkara hingga mengabaikan satu perkara yg lain. akhirnya memakan diri sendiri. saya tahu semua menghadapi masalah yg hampir sama jadi, sama2 lah kita membantu kawan2 yg memerlukan sokongan n bantuan utk masalah yg dihadapinya. saya rasa kita mampu memahami n mengaplikasikannya melalui perkongsiaan kita bersama semasa menjalani kem kelompok.

Melalui pemerhatian saya juga, saya dapat lihat ramai kawan2 kita (student Bimb n kaunseling) pd sem ini berhdpan dgn ujian-NYA seperti kemalangan, danpenyakit yg tdk kita jangkakan. Namun, melalui keprihtinan semua kawan2 mereka mampu sembuh dgn baik atas keiklhsan yg diberikan. saya juga berharap mereka dpt meneruskan kehdpan dgn baik.ingat kawan2, sesungguhnya ALLAH sentiasa menguji hambanya yg beriman n bertakwal. hari ini org lain dan tidak mustahil esk, lusa @ hari2 seterusnya kita pula diuji dgn dugaan seumpama itu. Jadi, sama2 lah kita berdoa n bersabar dgn ujian yg diberi. begitu juga dgn final exam yg bakal tiba ini, walaupun kita tidak diberi masa yg sempurna namun, saya yakin kawan2 mampu melalukannya yg terbaik...tapi yg perting berusaha sebelum bertawakal. betulkan niat kita...Gud Luck..:) thkzzz tuk segalanya. arda juga nk minta maaf sekiranya ada yg terasa, tersentuh, terluka or apa2 aje yg menguris prsaan selama membuat asgment n ketika bersama agar dlm sebarang xtvt. arda juga memaafkn semua kekawan..:)

AddThis Social Bookmark Button


HappY BestDay MyFrienDzzz-:)  

Monday, April 13, 2009


Yang tulus ikhlas

Ingin sekali sekala dirinya dibalas

Walau hanya dengan ucapan ringkas


Yang selalu memberi

Ingin sekali sekala jadi penerima

Cukup dengan salam dan manis doa


Aku ingin kau merasakan hebatnya kasih

Dan leburkan serpihan calar sengketa


Selamat hari lahir AIN

Kini kau bersayap, pergilah terbang

Rentaslah langit cita cita mu

Harap kau dapat apa yang dihajati


Selamat hari lahir AIN

Janganlah kau gelisah

dengan usia yang meningkat

Moga kau bersyukur atas ke segala nikmatNYA


Aku hanya inginkan engkau bahagia

Kerana kenangan bersama yang mencipta bahagiamu


HARI NI SEORANG LAGI KAWANKU DAH MENINGKAT USIANYA TUA SETHN DARI KU...:)

AIN SYIHADA NAMANYE...AYU NAMENYA:) TP EMPUNYA DIRI TANYA LAH DIE..HOHOOH...KU TUJUKAN SEBUAH XTHU LAH SAJAK KE LAGU KE..PE2 JE LAH...:) TP CIPLAK LA DARI ORG PUNYA...EDIT SIKIT:)...AIN NI ARDA DAH KENAL MASA SEM 1 LAGI TP XRAPAT SGT COZ DIA DGN GENG2 DIA...MULANYA TGK ORGNYA TAKUT NK DEKAT COZ..&*%((*)-:) TAPI NTAH LAH MACAM MANE BLH DITAKDIRKAN UNTUK DUDUK SEBILIK. SEGAN LA JGK MULANYA...BKN SAYA, TAPI SI AIN..HAHHAHAHAH....MALU2 KUCING GITU..TAPI LAMA2 DAH JADI KAWAN BAIK COZ SMPAI SKRAG MASIH LAGI DUK SERUMAH...HAHAHHA SAPA NAK TAHU RAHSIA DIA, LEH LA TNYA SAYA...BLH BUAT NOVEL.


TAPI APE2 PUN SKRG DAH 23 THN RUPANYA...DAH BESAR RUPANYA DEBAB NIH....TAPI LABU TAK BERBUAH LAGI-:) XPE LAH...APE PUN MOGA KT SAMA2 B ERSYUKU ATAS NIKMAT USIA YG DIBERI...AGAR DAPAT KITA MENAMBAH ILMU DAN AMAL UNTUK BEKATAN HIDUP DUNIA N AKHIRAT. SELAMAT HARI LAHIR YANG DAH JADI:)


AddThis Social Bookmark Button


Kisah Guru Untuk Pelajar  

Wednesday, April 8, 2009

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

"Sekarang simpan pisang tu.
Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

"Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Mayam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup.
Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci. Moralnya, jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.

memang pada realiti, kita sukar untuk memaafkan orang, walaupun mulut memaafkan namun hati sukar untuk mengikis perasaan tersebut. tapi kita boleh melakukan secara perlahan agar tidak wujud istilah "busuk hati".

Dipetik dari IlUvIslam.")

AddThis Social Bookmark Button


 

Design by Amanda @ Blogger Buster