.::MENCARI SOLEH ATAU MENJADI SOLEHAH::.  

Wednesday, September 30, 2009


Assalamualaikum wbt...


Mencari yang SOLEH atau menjadi SOLEHAH??? ianya terletak pada diri individu itu masing-masing. Namun, saya percaya bahawa setiap insan baik lelaki mahupun perempuan mempunyai ciri-ciri pasangan yang diinginkan oleh mereka mengikut cita rasa masing-masing. Tidak mustahil apa yang dihajati semestinya jodoh mereka seorang yang beriman, bertanggungjawab, berakhlak, dan segala sifat mahmudah yang ada.

Tetapi pernah ke kita mendengar orang inginkan jodoh atau pasangannya seorang yang mempunyai sifat2 mazmumah. Semestinya tidak kan. Jadi, adakah kita dikatakan seorang yang memilih sekiranya orang yang melamar atau meminang kita tidak sesuai dengan citarasa atau ciri2 yang diinginkan. Tetapi sejauhmanakah penilaian kita pada diri kita sendiri. Adakah sifat dan tingkah laku kita bersesuaian dengan kehendak dan keinginan kita untuk mencari pasangan yang dikehendaki. "Tepuk dada tanya hati" masing-masing.

Kadang -kadang kita dengar orang yang suka pergi ke kelab malam, tidak pernah ke masjid, membawa anak dara orang ke sana ke mari tanpa hubungan yang halal, terlibat dengan kerja2 haram atau kemaksiatan akan tetapi menginginkan pasangannya yang baik2 supaya dapat membimbing dan mengubah dirinya. Bayangankan jika itu adalah lelaki, adakah layak untuk dirinya menginginkan wanita yang baik supaya dapat membawanya ke jalan yang benar sedangkan tugasnya sebagai seorang suami adalah untuk menjadi pembimbing dan ketua dalam keluarga terutama kpd isteri dan anak2???. Adakah dirinya benar2 ingin berubah hanya kerana mendapat isteri yang baik???. Jadi, apa makna sebenarnya adakah dirinya ingin menjadi soleh ataupun mencari yang solehah...maksudnya di sini adakah kita yang patut berubah untuk menjadi baik atau kita ingin pasangan yang baik sedangkan diri tidak berubah???.

Kadang- kadang suka untuk diri ini menghurai dan menjelaskan keadaan sebenar tentang jodoh kerana ianya juga melibatkan hati dan perasaan dan semuanya adalah rahsiaNYA yang tidak dapat kita jangkakan. Jadi, salahkah kita menyatakan "tak kisahlah sape pun jodoh aku" maksudnya bolehkan kita menerima sekiranya jodoh kita merupakan orang2 istimewa walaupun dia mempunyai ciri2 n sifat2 yang mulia??? Semuanya ada dalam fikiran anda sekiranya anda menganggap perkahwinan itu suatu ibadah atau mengikut nafsu semata-mata.

Dalam bab memilih ini bagaimana pula, sekiranya yang datang melamar melebihi 2 atau 3 orang. Adakah kita membuat penilaian terhadap dirinya untuk, penilaian dari segi apa??? amal, harta, atau rupa??? atau penilaian pada diri kita sendiri. Sejauhmanakan kebaikan aku, sejauhmana kekayaan aku, sejauhmana kecantikan aku atau sejauhmanakah ilmu aku??? Agak sukar untuk kita menilai dan menerima kelemahan diri dan menyebabkan diri tidak berusaha untuk berubah sedangkan diri ingin yang terbaik.Jadi adakah diri ini ingin mencari yang soleh atau diri terlebih dahulu menjadi solehah???Renunganku


Luahan Hati

Semakin cuba kumenjauhinya, semakin dekat datangnya padaku
Adakah aku semakin diuji olehmu Ya Allah akan keCintaanku padamu
Atau adakah di antaranya adalah jodohku
Aku keliru dengan permainan ini

Ku takut akan kealpaanku Ya Allah
Sampai bila ianya akan berterusan
Adakah ini kesilapanku sendiri
Ku mohon Petunjuk darimu untuk membetulkan kesilapan ini

Walaupun kutahu ianya adalah fitrah manusia
Namun diri ini belum layak untuk memilikinya
Namun bagaimana harus ku terangkan keadaan sebenarnya
Agar diri mereka faham niat dan harapanku

Walaupun mereka menyatakan kenapa tidak memilikinya
Walaupun mereka menyatakan kenapa harus memilih
Walaupun mereka menyatakan jangan sampai menyesal
Walaupun mereka menyatakan itu yang terbaik

Namun kutahu batas dan waktunya
Namun kutahu halal dan haramnya
Namun kutahu mana hak dan batilnya
Namun kutahu semua adalah ketentuaannya

Hanya masa dan waktu yang akan menentukannya
Hanya ilmu dan amal yang mampu membahagiakannya
Hanya ikatan yang suci dan halal yang akan mengizinkannya
Hanya Allah yang Maha Mengetahui segalanya

Maafkan aku jika kutidak menerimanya
Namun tidak juga ku menolaknya
Kerana tidak kutahu siapa jodohnya
Akan kucuba terima seadanya jika sampai akan seruNYA

...........Waasalam..........

AddThis Social Bookmark Button


.::PUASA ENAM HARI DIBULAN SYAWAL::.  

Assalamualaikum wbt...

Salam Syawal...mesti kekawan semua tersenyum simpul setelah selesai sebulan menjalani ibadah puasa dan diganti dengan hari kemenangan iaitu hari raya. namun, tidak semestinya amalan puasa kita terhenti di situ sahaja semata-mata menunaikan perkara wajib kerana yang sunnah pun ada kelebihannya. Saya tahu kita semua mesti tak lupa dan selalu dengar akan puasa '6', tetapi selalu kita kita buat???. Amat beruntunglah mereka yang memahami dan cuba untuk mengamalkannya kerana banyak pahala yang kita boleh perolehinya.

Salah satu daripadanya ialah pintu-pintu kebaikan untuk yang melakukan puasa-puasa sunnah. Sebagaimana yang disabdakan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:

“Mahukah aku tunjukkan padamu pintu-pintu kebaikan?; Puasa adalah perisai, …” (Hadits hasan shohih, riwayat Tirmidzi).

Puasa dalam hadits ini merupakan perisai bagi seorang muslim baik di dunia mahupun di akhirat. Di dunia, puasa adalah perisai dari perbuatan-perbuatan maksiat, sedangkan di akhirat nanti adalah perisai dari api neraka. Dalam sebuah hadits Qudsi disebutkan,

“Dan senantiasa hamba-Ku mendekatkan diri kepadaKu dengan amalan-amalan sunnah sehingga Aku mencintainya.” (HR. Bukhori: 6502)

Puasa Seperti Setahun.
Salah satu puasa yang dianjurkan/disunnahkan setelah berpuasa di bulan Ramadhan adalah puasa enam hari di bulan Syawal. Puasa ini mempunyai keutamaan yang sangat istimewa.

Dari Abu Ayyub Al Anshari, Rasulullah bersabda, “Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian berpuasa enam hari di bulan Syawal, maka dia seperti berpuasa setahun penuh.” (HR. Muslim no. 1164).

Apakah Harus Berurutan?
Imam Nawawi rahimahullah menjawab dalam Syarh Shahih Muslim 8/328: “Afdhalnya (lebih utama) adalah berpuasa enam hari berturut-turut langsung setelah Iedul Fithri. Namun jika ada orang yang berpuasa Syawal dengan tidak berturut-turut atau berpuasa di akhir-akhir bulan, maka dia masih mendapatkan keutamaan puasa Syawal berdasarkan konteks hadits ini”. Inilah pendapat yang benar. Jadi, boleh berpuasa secara berturut-turut atau tidak, baik di awal, di tengah, mahupun di akhir bulan Syawal. Sekalipun yang lebih utama adalah bersegera melakukannya berdasarkan dalil-dalil yang berisi tentang anjuran bersegera dalam beramal shalih. Sebagaimana Allah berfirman,

“Maka berlumba-lumbalah dalam kebaikan.” (Al Maidah: 48).

Eeem.sekarang harap2 kekawan faham n mendapat info sebab esetengah kekawan de yang tak nak lakukannya sebab pemahaman mereka adalah secara berturutan.

Mendahulukan Puasa Qadha
Apabila seseorang mempunyai tanggungan puasa (qadha’) sedangkan ia ingin berpuasa Syawal juga, manakah yang didahulukan? Pendapat yang benar adalah mendahulukan puasa qadha’. Sebab mendahulukan sesuatu yang wajib daripada sunnah itu lebih melepaskan diri dari beban kewajiban. Ibnu Rajab rahimahullah berkata dalam Lathiiful Ma’arif,

“Barangsiapa yang mempunyai tanggungan puasa Ramadhan, hendaklah ia mendahulukan qadha’nya terlebih dahulu karena hal tersebut lebih melepaskan dirinya dari beban kewajiban dan hal itu lebih baik daripada puasa sunnah Syawal”.

Pendapat ini juga disetujui oleh Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin dalam Syarh Mumthi’. Pendapat ini sesuai dengan makna eksplisit hadits Abu Ayyub di atas.
Semoga kebahagiaan selalu mengiringi orang-orang yang menghidupkan sunnah Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam.

Jadi, marilah kita sama2 mengejar dan menambah amal untuk menampung bekalan yang masih kurang selagi mampu dan masih diberi kekuatan n kesihatan yang baik.

AddThis Social Bookmark Button


.::SYAWAL MENJELMA LAGI, TERINGAT PADA YG PERGI::.  

Wednesday, September 16, 2009

Assalamualaikum wbt...

Bila tirai Ramadhan dilabuhkan, anak bulan Syawal mula menojolkan diri. Itu tandanya, aidilfitri tiba lagi:). Sudah 23 ku menyambut Raya bersama keluarga sendiri. Bila lagi nak rasa, raya bersama keluarga mertua:). Kena belajar memasak dulu lah, nanti nak kawin tiba2 mak mertua suruh buat rendang ke, ketupat ke, nasi empit ke..haaa..nanye lah nanti. tak cukup ilmu lagi. ye lah. asyik2 makan mskan mak je, bila lah nak rasa air tangan sendiri. Time raya je masing2 berebut dapur nak masak..saya just jd tukang tolong je ape yg ptut. lau nak masak jgk kena beratur dulu lah coz dah ramai tukang masak kat dapur tu..tp lau sy masak pun sape nak mkn msakan saya.hahahah. tu lah, balik kg ni, nak kena ambik resepi ngn mak lah.simpan bt kngan:) nk masak sendiri tak berkesempatan lagi. Tapi apapun, memasak ni kita boleh belajar..antara nak tak nak je...betul x?




Sebut pasal raya nih...mesti lah kita tak lupa pada yang dah pergi meninggalkan kita kan?... kenangan hny tinggal kenangan..yang pergi tetap pergi. usah ditangasi.tapi just kenang n berdoa lah. moga rohnya dijujuri n ditempatkan dikalangan org2 beriman (ayah, abang, nenek, mak sdra, bapa saudara, jiran n muslim muslimat sekalian yg kembali mengdap ilahi).



Apapun semperna hari mulia yg bakal menjelma tidak sah tanpa salam kemaafan daripada kawan-kawan, keluarga, n org tersayang. tapi still buat dosa lagi ngn mereka????.. nk buat mcm mana, dah namanya manusia. so kita sebagai manusia yang tidak lah sebaik Junjungan Besar Nabi Muhammad S.a.w ni, masing2 lah memaafkan mereka yang pernah menguruis hati kita, hidup ni tak lama, kalau kita tak maafkan, siapa lagi. hanya org yang kita buat silap boleh menghilangkn dosa yg kita lakukan pada dirinya. jadi, marilah kita sama2 bermaafan di hari yang berbahagia ini moga kita sama2 mendapat keredhaanNya dan kebahagian dunia n akhirat


Jangan lupa kawan-kawan, nanti kita sama sembhyang raya tuk dapat berkat, ziarah kubor, jiran tetangga, kawan-kawan, saudara mara, n mereka yang bermakna dalam hidup kita.


Akhir kata dari saya dari perantauan..n malam ni akan bertolak balik ke kg..mohon kemaafan daripada mereka yang membaca coretan ini n semua yg mengenali diri ini:)

..............................................................Salam Aidilfitri.........................................................

AddThis Social Bookmark Button


.::KENANGAN RAMADHAN 09::.  

Assalamualaikum wbt...

Salam Penghujung Ramadhan...pejam celik, pejam celik dah sampai ke penghujung rupanya.

Adakah amalku lebih banyak berbanding tahun lepas?

Adakah keampunan sudah diterima olehNYA?

Adakah diri ini dapat menghayati bulan Ramadhan yang seterusnya atau ini yang terakhir?

Moga-moga mendapat keRedhaan dan terasa KebahagiaanNYA

Namun, apa yang ingin ku coret dan ku kongsikan pada saat ini adalah kenangan manisku sepanjang Ramadhan tahun ini.

Takde lah menarik sangat. tapi rasa seronok sebab puasa tahun ini paling banyak berjalan;)

Bukan pergi mana pun, pusing2, jalan2, shping2...tapi sepanjang keluar tu, tak de plak rasa penat sgt, letih ke. tu pasal boleh berjalan dari pagi sampai petang sehingga ada hari tu xsmpat berbuke puasa dirumah. so, makan diluar lah...

Pada minggu fisrt puasa p bangi jumpa akak de hal skit. lepas tu p lah singgah rembau, ng 9. jalan2 buke pose umah akak. Pada hr sabtu p lah kuar ke s.alam dari pg smpai malam ke umah. sempat lah singgah d tmpat kerja dulu kat s.alam jumpa bekas ank2 murid cikgu:). lepas tu p shping PKNS, anggerik mall, SACC mall. cari ape erk??...cari brg la skit2 tuk raya. lepas berbuka, kami bertolak balik.

Pada keesokknya pula, keluar lagi pg KL plak:). p cari jubah, tudung...dll yang ptut. smpat lah pusing jalan tar, sogo, n kaw sekitarnya. yang tak tahannya diorg nak shping (2 org akak nih) tapi dia yg penat (bt muka 10 sen) mcm mintak simpati mknan..hahha.. terpaksa lah sabar tggu waktu berbuka. lepas shping asarnya, saya bertolak nak train ke t.malim n sampai lah hmpir2 nk berbuka. diorg plak balik ke serdang (parking kete kat situ coz xthu jalan p KL:) tuk balik ke rembau.

Pada minggu keduanya plak. pergi mana erk:)..eemm pg putrajaya. de urusan kerja sikit ngan bhgian EPRD (tesis lah) advnture lah ngan sorg kawan nih. dera die skit..hhahah. lepas tu ajak pg s.alam plak tuk urusan dgn JPN selangor...xde kje lain lah kami ari tu. naik bas, turun bas...berjalan, naik teksi, buke pintu:). perjalanan kami, bertolak dari jam 8 hingga 6 ptg sampai umah. ayoiii..xde la penat sgt, just rasa haus je..cuaca panas terik.



Bergambar kenangan di JPN selangor

Model Semperna Program Bersama Penduduk Felda

Pada minggu ketiga???. urus tuk program la plak. tuk agment kami. prgram bersama penduduk felda besout, sungkai perak. pgram nye just shari je. tapi haus berjalan. dtg rumah org xbuat air:)...kitorg buat pgram menziarah dari rumah ke rumah tuk bg sumbngan la skit dengn kerjasama JKKR felda tu, semprna bulan puasa ni. pergi melawat org kurang upaya n terlantar sakit.terharu lah jgk ngan hidup yg ditnggung mereka (moga tabah hadapi ujianNYA)

Salam Seorang Penduduk Kg yang Sakit sewaktu Kami Melawat

Lepas tu buat lah skit pgram pemeriksaan kesihatan tuk penduduk kg dgn bantuan pusat kesihatan n klinik d situ. Setelah penat, petangnya kami dijemput tuk pgram berbuka puasa d masjid kg itu.mcm janggal plak coz kbyakannya org lelaki (bapak2 org) kami menumpang makan skjap je:). lepas tu balik la umah mak angkat. pgram malamnya plak. mak kami ajak lah kawan2 group kami dtg umah makan laksa coz esk dah nk bertolak balik. apa lg, dtg lah diorg wpun dh malam (lepas trawih). keesokannya balik lah kami dgn bas yg ambik masa 1 jam lbh tuk smpai umah.


Pemeriksaan Kesihatan Percuma

Majlis Berbuka Puasa


Kunjungan Makan Laksa

Minggu ni juga, sekali lagi bersama teman2 pergi Putrajaya n S.alam. pergi teman seorg kawan ni, nk urus benda yang sama mcm sy pergi ari tu...mcm dah jemu plak. pergi tmpat yang sama..hahahh. tp seronok berjalan ramai2.

Minggu ke empat nye plak.. xde p mane2 lah coz nak blik pun. tggu nk bersiap je.kemas2 barang...kg dah memanggil...

Pe pun kita msh de masa lagi tuk tmbah amal pa 10 malam terakhir ramdhan ini; ianya bergntung pada diri kita sndiri...sama2..amin

AddThis Social Bookmark Button


.::TENTANG CINTA::.  

Tuesday, September 1, 2009

Assalamualaikum wbt...

ANDA BELUM MATANG SEKIRANYA...

MENGHABISKAN nilai kad telefon pra-bayar untuk berbual dengan 'kekasih'sedangkan wang membelinya daripada kiriman ibu bapa anda.

RELA menunggu berjam-jam, dalam hujan pula, untuk melihat gadis/jejaka yang anda cintai melintas jalan sedangkan solat anda secara ekspres (kurang 2 minit untuk 4 rakaat) atau tidak solat langsung.

MEMARAHI bahkan sanggup menampar adik anda yang tersilap cakap sebaliknya mampu tersenyum sekalipun dimaki hamun atau dihina oleh orang wanita/jejaka yang anda minati.

SANGGUP membaca novel cinta yang beratus-ratus muka surat dalam tempoh sehari, padahal tidak pernah membaca al-quran walaupun satu muka surat setahun.

ASYIK terkenang wajah kekasih yang baru seminit berjumpa dengannya tetapi tidak terkenang pun wajah ibu yang telah berbulan tidak anda temui.

SUSAH hati jika tidak menerima surat, e-mail, atau SMS daripada seseorang yang anda amat cintai sebaliknya anda tahu bahawa anda sendiri sudah lama tidak mengirim berita, menelefon, atau memberi SMS kepada keluarga dikampung.

MEMAKAI pekaian yang sehabis cantik untuk dating dengan kekasih sebaliknya hanya memakai singlet atau tidak berbaju langsung ketika solat.

LEBIH banyak mengucapkan 'I Love You' berbanding kalimah zikir seperti; SubahanaAllah, Alhamdulillah dan Allah hu Akbar!

AddThis Social Bookmark Button


 

Design by Amanda @ Blogger Buster