.::TENTANG CINTA::.  

Tuesday, September 1, 2009

Assalamualaikum wbt...

ANDA BELUM MATANG SEKIRANYA...

MENGHABISKAN nilai kad telefon pra-bayar untuk berbual dengan 'kekasih'sedangkan wang membelinya daripada kiriman ibu bapa anda.

RELA menunggu berjam-jam, dalam hujan pula, untuk melihat gadis/jejaka yang anda cintai melintas jalan sedangkan solat anda secara ekspres (kurang 2 minit untuk 4 rakaat) atau tidak solat langsung.

MEMARAHI bahkan sanggup menampar adik anda yang tersilap cakap sebaliknya mampu tersenyum sekalipun dimaki hamun atau dihina oleh orang wanita/jejaka yang anda minati.

SANGGUP membaca novel cinta yang beratus-ratus muka surat dalam tempoh sehari, padahal tidak pernah membaca al-quran walaupun satu muka surat setahun.

ASYIK terkenang wajah kekasih yang baru seminit berjumpa dengannya tetapi tidak terkenang pun wajah ibu yang telah berbulan tidak anda temui.

SUSAH hati jika tidak menerima surat, e-mail, atau SMS daripada seseorang yang anda amat cintai sebaliknya anda tahu bahawa anda sendiri sudah lama tidak mengirim berita, menelefon, atau memberi SMS kepada keluarga dikampung.

MEMAKAI pekaian yang sehabis cantik untuk dating dengan kekasih sebaliknya hanya memakai singlet atau tidak berbaju langsung ketika solat.

LEBIH banyak mengucapkan 'I Love You' berbanding kalimah zikir seperti; SubahanaAllah, Alhamdulillah dan Allah hu Akbar!

AddThis Social Bookmark Button


0 comments: to “ .::TENTANG CINTA::.

 

Design by Amanda @ Blogger Buster