.::MENCARI SOLEH ATAU MENJADI SOLEHAH::.  

Wednesday, September 30, 2009


Assalamualaikum wbt...


Mencari yang SOLEH atau menjadi SOLEHAH??? ianya terletak pada diri individu itu masing-masing. Namun, saya percaya bahawa setiap insan baik lelaki mahupun perempuan mempunyai ciri-ciri pasangan yang diinginkan oleh mereka mengikut cita rasa masing-masing. Tidak mustahil apa yang dihajati semestinya jodoh mereka seorang yang beriman, bertanggungjawab, berakhlak, dan segala sifat mahmudah yang ada.

Tetapi pernah ke kita mendengar orang inginkan jodoh atau pasangannya seorang yang mempunyai sifat2 mazmumah. Semestinya tidak kan. Jadi, adakah kita dikatakan seorang yang memilih sekiranya orang yang melamar atau meminang kita tidak sesuai dengan citarasa atau ciri2 yang diinginkan. Tetapi sejauhmanakah penilaian kita pada diri kita sendiri. Adakah sifat dan tingkah laku kita bersesuaian dengan kehendak dan keinginan kita untuk mencari pasangan yang dikehendaki. "Tepuk dada tanya hati" masing-masing.

Kadang -kadang kita dengar orang yang suka pergi ke kelab malam, tidak pernah ke masjid, membawa anak dara orang ke sana ke mari tanpa hubungan yang halal, terlibat dengan kerja2 haram atau kemaksiatan akan tetapi menginginkan pasangannya yang baik2 supaya dapat membimbing dan mengubah dirinya. Bayangankan jika itu adalah lelaki, adakah layak untuk dirinya menginginkan wanita yang baik supaya dapat membawanya ke jalan yang benar sedangkan tugasnya sebagai seorang suami adalah untuk menjadi pembimbing dan ketua dalam keluarga terutama kpd isteri dan anak2???. Adakah dirinya benar2 ingin berubah hanya kerana mendapat isteri yang baik???. Jadi, apa makna sebenarnya adakah dirinya ingin menjadi soleh ataupun mencari yang solehah...maksudnya di sini adakah kita yang patut berubah untuk menjadi baik atau kita ingin pasangan yang baik sedangkan diri tidak berubah???.

Kadang- kadang suka untuk diri ini menghurai dan menjelaskan keadaan sebenar tentang jodoh kerana ianya juga melibatkan hati dan perasaan dan semuanya adalah rahsiaNYA yang tidak dapat kita jangkakan. Jadi, salahkah kita menyatakan "tak kisahlah sape pun jodoh aku" maksudnya bolehkan kita menerima sekiranya jodoh kita merupakan orang2 istimewa walaupun dia mempunyai ciri2 n sifat2 yang mulia??? Semuanya ada dalam fikiran anda sekiranya anda menganggap perkahwinan itu suatu ibadah atau mengikut nafsu semata-mata.

Dalam bab memilih ini bagaimana pula, sekiranya yang datang melamar melebihi 2 atau 3 orang. Adakah kita membuat penilaian terhadap dirinya untuk, penilaian dari segi apa??? amal, harta, atau rupa??? atau penilaian pada diri kita sendiri. Sejauhmanakan kebaikan aku, sejauhmana kekayaan aku, sejauhmana kecantikan aku atau sejauhmanakah ilmu aku??? Agak sukar untuk kita menilai dan menerima kelemahan diri dan menyebabkan diri tidak berusaha untuk berubah sedangkan diri ingin yang terbaik.Jadi adakah diri ini ingin mencari yang soleh atau diri terlebih dahulu menjadi solehah???Renunganku


Luahan Hati

Semakin cuba kumenjauhinya, semakin dekat datangnya padaku
Adakah aku semakin diuji olehmu Ya Allah akan keCintaanku padamu
Atau adakah di antaranya adalah jodohku
Aku keliru dengan permainan ini

Ku takut akan kealpaanku Ya Allah
Sampai bila ianya akan berterusan
Adakah ini kesilapanku sendiri
Ku mohon Petunjuk darimu untuk membetulkan kesilapan ini

Walaupun kutahu ianya adalah fitrah manusia
Namun diri ini belum layak untuk memilikinya
Namun bagaimana harus ku terangkan keadaan sebenarnya
Agar diri mereka faham niat dan harapanku

Walaupun mereka menyatakan kenapa tidak memilikinya
Walaupun mereka menyatakan kenapa harus memilih
Walaupun mereka menyatakan jangan sampai menyesal
Walaupun mereka menyatakan itu yang terbaik

Namun kutahu batas dan waktunya
Namun kutahu halal dan haramnya
Namun kutahu mana hak dan batilnya
Namun kutahu semua adalah ketentuaannya

Hanya masa dan waktu yang akan menentukannya
Hanya ilmu dan amal yang mampu membahagiakannya
Hanya ikatan yang suci dan halal yang akan mengizinkannya
Hanya Allah yang Maha Mengetahui segalanya

Maafkan aku jika kutidak menerimanya
Namun tidak juga ku menolaknya
Kerana tidak kutahu siapa jodohnya
Akan kucuba terima seadanya jika sampai akan seruNYA

...........Waasalam..........

AddThis Social Bookmark Button


 

Design by Amanda @ Blogger Buster