Panduan Menentukan Kesahihan Sesuatu Berita dan Isu  

Tuesday, March 10, 2009

Assalamualaikum. selamat menyambut bulan kelahiran Baginda kita Nabi Muhammad s.a.w...ari ini arda nk kongsi sikit tentang isu yang berlaku sekarang setelah membaca satu artikel yang menarik hati dan boleh dikongsi bersama kekawan. isunya berkaitan khabar angin daripada paper....???? Perkembangan semasa yang berpusatkan pada isu pesanan ringkas pembaptisan di Perak telah menjadikan segelintir masyarakat mudah terpengaruh dengan kandungan mesej berkenaan. Keupayaan mereka untuk mengenal pasti sesuatu isu sama ada benar ataupun tidak, dilihat begitu lemah dan wajar diberi panduan bagi mengelak isu berkenaan dipanjangkan.Isu Datuk Azhar telah lama berlegar di internet dan tidak tahu kesahihannya sehinggalah beliau muncul di Perhimpunan Agung UMNO 2006 yang lalu dan menafikan khabar angin berkaitan dirinya. Artikel ini akan mengulas bagaimana kaedah untuk kita menilai dan membuat kesimpulan yang terbaik mengenai sesuatu isu supaya kita tidak terperangkap dalam pemikiran yang keliru dan tidak banyak memberi manfaat.

Panduan ini boleh diperhalusi lagi sekiranya membabitkan perbincangan yang serius.Pertama sekali, bagi sesuatu isu, berita atau maklumat, wajar kita mempastikan penulis atau penyampai tersebut mendapatkan sumbernya (dari buku, temu bual, pemerhatian, pengalaman sendiri dan sebagainya) supaya kita maklum mengenai tujuannya. Jika penulis berkenaan tidak menyatakan sumber rujukan, apakah motif penulis yang tidak memberitahu sumbernya. Adakah dia ingin menyorok maklumat sedia ada atau memang tidak mempunyai maklumat yang sahih dan boleh dipercayai?Kedua, bagaimana penulis menyokong kenyataan-kenyataannya. Dalam kes Datuk Azhar, pengirim mesej begitu berani dan mendedahkan dirinya kepada risiko. Adakah pernyataannya berdasarkan fakta sedia ada, baru diperolehi ataupun pendapat dan andaiannya semata-mata. Jika terdapat fakta, apakah fakta tersebut sangat konsisten dalam penulisan atau perbualannya? Perlu juga dilihat apakah terdapat percanggahan fakta dan di mana fakta berkenaan boleh diperolehi? Fakta ini boleh jadi dalam bentuk statistik yang disahkan, laporan ataupun pengesahan daripada pihak yang ada autoriti seperti Jabatan Pendaftaran Negara, Polis Diraja Malaysia ataupun jabatan agama.Ketiga, sekiranya beliau mempunyai fakta, adakah fakta berkenaan menggunakan dokumen asal seperti lampiran rasmi ataupun beliau menggunakan sumber daripada dengar cakap sahaja.Keempat, diri penyebar mesej berkenaan. Adakah beliau seorang yang ada kuasa untuk menyatakan sesuatu yang belum tentu sahih? Latar belakang penyampai mesej harus diteliti kerana ia akan menentukan kewibawaan dan maruahnya. Keadaan ini sama seperti menentukan latar belakang perawi hadis.

Jika disebut Imam Muslim, riwayatnya tidak akan disoal lagi.Kelima ialah bahasa yang digunakan di dalam mesej. Adakah ia berbau emosional, neutral atau mengajak kepada sesuatu seperti provokasi dan menguji. Pembaca yang mudah terpengaruh dan singkat fikirannya amat suka melihat isu digembar-gembur supaya lebih sensasi.Keenam, apakah tujuannya berjumpa dengan Sahibus Samahah Datuk Seri Mufti? Adakah beliau ingin sekali meluahkan perasaannya bahawa isu berkenaan sangat besar, tidak dapat ditangguh-tangguh, ataupun untuk meraih simpati dan merayu? Tempat terbaik ialah beliau membuat laporan polis.Ketujuh, bagaimana dengan tarikh penglibatan Datuk Azhar?

Jika tahun 1999, adakah ia masih relevan setelah enam tahun tanpa ada apa-apa tindakan daripada pihak jabatan agama dan pihak berkuasa yang lain. Apakah jarak masa yang paling baik untuk mengesahkan sesuatu isu itu sudah lapuk dan layak di hantar ke pihak arkib?Kelapan, penyebar mesej telah dikenal pasti. Soalan paling utama ialah apakah penyebar mesej ini ataupun disebut saksi, seorang yang boleh dipercayai? Ada kredibiliti? Latar belakangnya yang lengkap dan motif sebenar dia berbuat begitu?Kelapan-lapan panduan ini adalah untuk menggerakkan hala tuju pemikiran ke atas isu yang ada sekarang dan bagaimana kita harus bertindak. Menggunakan emosi untuk menyelesaikan isu tidak akan menyelesaikan masalah dalam jangka masa panjang kerana kemungkinan kita akan tertinggal fakta. Kaedah yang paling mudah ialah melihat secara menyeluruh dan menyusunnya satu per satu supaya kita dapat tahu di mana ianya bermula dan bagaimana ia harus berakhir.

Datuk Azhar memilih sikap yang profesional untuk berhadapan dengan isu yang melibatkan dirinya. Menggunakan platform yang sangat berpengaruh untuk menyatakan pendiriannya dan tanpa rasa takut menundukkan musuh-musuhnya yang ingin mengambil kesempatan ke atas kejayaannya mengelilingi dunia. Kita tidak mempunyai ramai watak seperti beliau yang berani tampil kehadapan dan tidak langsung memberi ruang kepada musuh untuk bertindak balas.Keupayaan memahami isu berdasarkan fakta, khabar angin, gosip atau pendapat harus dicanai dari semasa ke semasa supaya masyarakat bijak membuat pilihan. Isu berdasarkan pendapat memang sangat menyeronokkan tetapi apakah ia akan memberi manfaat kepada pembuat dasar? Kes ini adalah sebagai panduan kepada kita bagaimana kita harus menggunakan pemikiran yang rasional, licik dan berarah supaya kita tidak menghabiskan wang yang banyak dalam sistem pendidikan negara untuk mengadakan program pemulihan otak terbiar (POT) di sekolah-sekolah seluruh negara.

AddThis Social Bookmark Button


 

Design by Amanda @ Blogger Buster