.:nOvEl tAUtAn hAtI:.  

Monday, July 27, 2009


Assalamualaikum wbt...

Emosi skrg dah kembali stabil setelah motivasi digali kembali.emmm...terasa ingin berkongsi sesuatu lah. pernah tak terdengar atau terbaca tajuk novel ini "Tautan Hati".

Saya dah membacanya 2x tapi belum memilikinya coz xjumpa lg kat kedai.;)

Apa yang menariknya novel ini ialah karya yang sarat dengan mesej-mesej dakwah, kemanusiaan, cinta, dan kehidupan yg berlaku sekarang terutama dunia remaja spt saya dan anda diluar sana lah.

Iaitu kehidupan seharian yang terjaga menurut syariat, halangan dan cabaran berdakwah kepada rakan sekampus, serta pengalaman-pengalaman hidup yang pelbagai serta tidak kurang juga ujian cinta remaja yang amat berat, tentu sahaja menyemarakkan rasa yang amat mendalam bagi jiwa mereka yang membacanya. Garapan penulis yang amat bijak mengambil latar kampus, membuktikan bahawa golongan sasarannya ialah yang berada di alam itu. Tidak terlepas juga, golongan remaja secara umumnya boleh juga mengambil manfaat hasil penghayatan terhadap novel ini, Insya Allah. Untuk mereka yang terperangkap dalam persoalan cinta anta-anti atau cinta saya-awak, TAUTAN Hati mempunyai sesuatu untuk dikongsi bersama.

Jadi, untuk mengetahui dengan lebih lanjut, dapatkan novelnya dpasaran. nanti saya boleh pinjam lagi tuk membacanya. selagi saya tak jumpa novelnya dkedai..hehhehe

AddThis Social Bookmark Button


0 comments: to “ .:nOvEl tAUtAn hAtI:.

 

Design by Amanda @ Blogger Buster