.::PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI::.  

Wednesday, September 29, 2010

Assalamualaikum wbt....

selamat berhari raya pada mereka yg masih beraya...tak mustahil kemeriahan raya masih terasa kalau tak abis bulan syawal kan...tapi itu mungkin suasana d kota.kalau di kg ianya dah kurang...

Apepun BH hny nk kongsi sedikit karya yg dipetik dari Radio Ikim.fm coz BH suka sgt dgr kata2 ini smpai BH salin n dh lame simpan kata2 ni...bkn ape tuk kesedaran n keinsafan diri sndiri...
Dengarkan...^_^

" Dahi cecah ke sejadah,
Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan,

Berwuduklah kamu sebelum kamu di wudukkan,
Solatlah kamu sebelum kamu disolatkan,

Tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutupkan dengan kain kafan yang serba putih,
Pada waktu itu tidak guna lagi berserah, walaupun orang yang hadir itu merintih.

Selepas itu kamu akan diletakkan di atas lantai,
Lalu dilaksanakanlah solat jenazah
dengan 4 kali takbir dan 1 salam beserta Fatihah, selawat & doa,
sebagai memenuhi tuntutan fardu kifayah.
Tetapi adakah 4 kali takbir itu dapat menebus segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?

Adakah solat jenazah yang tanpa ruku' dan sujud itu dapat membayar hutang rokok yang telah luput?
Sungguh tertipu dirimu jika beranggapan demikian.


Justeru ku menyeru sekalian muslimin dan muslimat, usunglah dirimu ketika solat, sebelum kamu diusung ke liang lahad, menjadi makanan cacing dan ulat.
Dirimu ke masjid sebelum kamu diiringi ke pusara.
Tangisilah dosa2mu di dunia kerana tangisan tidak berguna di alam Barzkah.

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan.
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan dengan panggilan israil yang menakutkan.
Berimanlah kamu sebelum kamu ditauqinkan,
kerana ia berguna untuk yang tinggal bukan untuk yang pergi.


Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfar,
namun ketika itu istighfar tidak dapat menyelamatkan.
Ingatkan di mana saja kamu berada kamu tetap memijak bumi Tuhan
serta dibumbungi langit Tuhan dan menikmati rezeki Tuhan.

Justeru bila ia menyeru, sambutlah seruannya,
sebelum dia memanggil buat yang terakhir.

Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti,
lalu menjadi segumpal darah,
lalu menjadi seketul daging,
lalu daging membetil tulang,
lalu jadilah kamu insan yang bererti.


Ingatlah asal usulmu tidak bernilai itu,
yang kau jatuh ke tanah ayam tak patuk,
itik tak sudup.

Tapi ALLAH mengangkatmu ke mercu yang lebih agung dari MALAIKAT.
Lahirmu bukan untuk dunia,
tapi gunakanlah ia untuk melayar bahtera Akhirat.


Sambutlah seruan (Ha'ya alaso'lat) dengan penuh rela dan bersedia.
Sambutlah seruan (Ha'ya alafalah) jalan kemenangan Akhirat di Dunia.
Ingatlah yang kekal adalah amal yang menjadi bekalan dan teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuaan Tuhan

Pada waktu itu, tiada berguna harta, pangkat, dan takhta,
Isteri, kad kredit dan kereta,
Kondominium, saham dan niaga
KALAU DAHI TIDAK MENCECAH SEJADAH DI DUNIA"

AddThis Social Bookmark Button


 

Design by Amanda @ Blogger Buster