.::PUASA ENAM HARI DIBULAN SYAWAL::.
Salam Syawal...mesti kekawan semua tersenyum simpul setelah selesai sebulan menjalani ibadah puasa dan diganti dengan hari kemenangan iaitu hari raya. namun, tidak semestinya amalan puasa kita terhenti di situ sahaja semata-mata menunaikan perkara wajib kerana yang sunnah pun ada kelebihannya. Saya tahu kita semua mesti tak lupa dan selalu dengar akan puasa '6', tetapi selalu kita kita buat???. Amat beruntunglah mereka yang memahami dan cuba untuk mengamalkannya kerana banyak pahala yang kita boleh perolehinya.
Salah satu daripadanya ialah pintu-pintu kebaikan untuk yang melakukan puasa-puasa sunnah. Sebagaimana yang disabdakan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Mahukah aku tunjukkan padamu pintu-pintu kebaikan?; Puasa adalah perisai, …” (Hadits hasan shohih, riwayat Tirmidzi).
Puasa dalam hadits ini merupakan perisai bagi seorang muslim baik di dunia mahupun di akhirat. Di dunia, puasa adalah perisai dari perbuatan-perbuatan maksiat, sedangkan di akhirat nanti adalah perisai dari api neraka. Dalam sebuah hadits Qudsi disebutkan,
“Dan senantiasa hamba-Ku mendekatkan diri kepadaKu dengan amalan-amalan sunnah sehingga Aku mencintainya.” (HR. Bukhori: 6502)
Puasa Seperti Setahun.
Salah satu puasa yang dianjurkan/disunnahkan setelah berpuasa di bulan Ramadhan adalah puasa enam hari di bulan Syawal. Puasa ini mempunyai keutamaan yang sangat istimewa.
Dari Abu Ayyub Al Anshari, Rasulullah bersabda, “Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian berpuasa enam hari di bulan Syawal, maka dia seperti berpuasa setahun penuh.” (HR. Muslim no. 1164).
Apakah Harus Berurutan?
Imam Nawawi rahimahullah menjawab dalam Syarh Shahih Muslim 8/328: “Afdhalnya (lebih utama) adalah berpuasa enam hari berturut-turut langsung setelah Iedul Fithri. Namun jika ada orang yang berpuasa Syawal dengan tidak berturut-turut atau berpuasa di akhir-akhir bulan, maka dia masih mendapatkan keutamaan puasa Syawal berdasarkan konteks hadits ini”. Inilah pendapat yang benar. Jadi, boleh berpuasa secara berturut-turut atau tidak, baik di awal, di tengah, mahupun di akhir bulan Syawal. Sekalipun yang lebih utama adalah bersegera melakukannya berdasarkan dalil-dalil yang berisi tentang anjuran bersegera dalam beramal shalih. Sebagaimana Allah berfirman,
“Maka berlumba-lumbalah dalam kebaikan.” (Al Maidah: 48).
Eeem.sekarang harap2 kekawan faham n mendapat info sebab esetengah kekawan de yang tak nak lakukannya sebab pemahaman mereka adalah secara berturutan.
Mendahulukan Puasa Qadha
Apabila seseorang mempunyai tanggungan puasa (qadha’) sedangkan ia ingin berpuasa Syawal juga, manakah yang didahulukan? Pendapat yang benar adalah mendahulukan puasa qadha’. Sebab mendahulukan sesuatu yang wajib daripada sunnah itu lebih melepaskan diri dari beban kewajiban. Ibnu Rajab rahimahullah berkata dalam Lathiiful Ma’arif,
“Barangsiapa yang mempunyai tanggungan puasa Ramadhan, hendaklah ia mendahulukan qadha’nya terlebih dahulu karena hal tersebut lebih melepaskan dirinya dari beban kewajiban dan hal itu lebih baik daripada puasa sunnah Syawal”.
Pendapat ini juga disetujui oleh Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin dalam Syarh Mumthi’. Pendapat ini sesuai dengan makna eksplisit hadits Abu Ayyub di atas.
Semoga kebahagiaan selalu mengiringi orang-orang yang menghidupkan sunnah Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam.
Jadi, marilah kita sama2 mengejar dan menambah amal untuk menampung bekalan yang masih kurang selagi mampu dan masih diberi kekuatan n kesihatan yang baik.
by NuR iMaN | 0 comments
.::SYAWAL MENJELMA LAGI, TERINGAT PADA YG PERGI::.
Wednesday, September 16, 2009

Bila tirai Ramadhan dilabuhkan, anak bulan Syawal mula menojolkan diri. Itu tandanya, aidilfitri tiba lagi:). Sudah 23 ku menyambut Raya bersama keluarga sendiri. Bila lagi nak rasa, raya bersama keluarga mertua:). Kena belajar memasak dulu lah, nanti nak kawin tiba2 mak mertua suruh buat rendang ke, ketupat ke, nasi empit ke..haaa..nanye lah nanti. tak cukup ilmu lagi. ye lah. asyik2 makan mskan mak je, bila lah nak rasa air tangan sendiri. Time raya je masing2 berebut dapur nak masak..saya just jd tukang tolong je ape yg ptut. lau nak masak jgk kena beratur dulu lah coz dah ramai tukang masak kat dapur tu..tp lau sy masak pun sape nak mkn msakan saya.hahahah. tu lah, balik kg ni, nak kena ambik resepi ngn mak lah.simpan bt kngan:) nk masak sendiri tak berkesempatan lagi. Tapi apapun, memasak ni kita boleh belajar..antara nak tak nak je...betul x?


Sebut pasal raya nih...mesti lah kita tak lupa pada yang dah pergi meninggalkan kita kan?... kenangan hny tinggal kenangan..yang pergi tetap pergi. usah ditangasi.tapi just kenang n berdoa lah. moga rohnya dijujuri n ditempatkan dikalangan org2 beriman (ayah, abang, nenek, mak sdra, bapa saudara, jiran n muslim muslimat sekalian yg kembali mengdap ilahi).

Apapun semperna hari mulia yg bakal menjelma tidak sah tanpa salam kemaafan daripada kawan-kawan, keluarga, n org tersayang. tapi still buat dosa lagi ngn mereka????.. nk buat mcm mana, dah namanya manusia. so kita sebagai manusia yang tidak lah sebaik Junjungan Besar Nabi Muhammad S.a.w ni, masing2 lah memaafkan mereka yang pernah menguruis hati kita, hidup ni tak lama, kalau kita tak maafkan, siapa lagi. hanya org yang kita buat silap boleh menghilangkn dosa yg kita lakukan pada dirinya. jadi, marilah kita sama2 bermaafan di hari yang berbahagia ini moga kita sama2 mendapat keredhaanNya dan kebahagian dunia n akhirat
Jangan lupa kawan-kawan, nanti kita sama sembhyang raya tuk dapat berkat, ziarah kubor, jiran tetangga, kawan-kawan, saudara mara, n mereka yang bermakna dalam hidup kita.
Akhir kata dari saya dari perantauan..n malam ni akan bertolak balik ke kg..mohon kemaafan daripada mereka yang membaca coretan ini n semua yg mengenali diri ini:)
..............................................................Salam Aidilfitri.........................................................
by NuR iMaN | 0 comments
.::KENANGAN RAMADHAN 09::.
Bergambar kenangan di JPN selangor
Model Semperna Program Bersama Penduduk Felda
Pada minggu ketiga???. urus tuk program la plak. tuk agment kami. prgram bersama penduduk felda besout, sungkai perak. pgram nye just shari je. tapi haus berjalan. dtg rumah org xbuat air:)...kitorg buat pgram menziarah dari rumah ke rumah tuk bg sumbngan la skit dengn kerjasama JKKR felda tu, semprna bulan puasa ni. pergi melawat org kurang upaya n terlantar sakit.terharu lah jgk ngan hidup yg ditnggung mereka (moga tabah hadapi ujianNYA)

Salam Seorang Penduduk Kg yang Sakit sewaktu Kami Melawat
Lepas tu buat lah skit pgram pemeriksaan kesihatan tuk penduduk kg dgn bantuan pusat kesihatan n klinik d situ. Setelah penat, petangnya kami dijemput tuk pgram berbuka puasa d masjid kg itu.mcm janggal plak coz kbyakannya org lelaki (bapak2 org) kami menumpang makan skjap je:). lepas tu balik la umah mak angkat. pgram malamnya plak. mak kami ajak lah kawan2 group kami dtg umah makan laksa coz esk dah nk bertolak balik. apa lg, dtg lah diorg wpun dh malam (lepas trawih). keesokannya balik lah kami dgn bas yg ambik masa 1 jam lbh tuk smpai umah. Pemeriksaan Kesihatan Percuma
Majlis Berbuka Puasa
Kunjungan Makan Laksa
Minggu ni juga, sekali lagi bersama teman2 pergi Putrajaya n S.alam. pergi teman seorg kawan ni, nk urus benda yang sama mcm sy pergi ari tu...mcm dah jemu plak. pergi tmpat yang sama..hahahh. tp seronok berjalan ramai2.
Minggu ke empat nye plak.. xde p mane2 lah coz nak blik pun. tggu nk bersiap je.kemas2 barang...kg dah memanggil...
Pe pun kita msh de masa lagi tuk tmbah amal pa 10 malam terakhir ramdhan ini; ianya bergntung pada diri kita sndiri...sama2..amin
by NuR iMaN | 0 comments
.::TENTANG CINTA::.
Tuesday, September 1, 2009
Assalamualaikum wbt...
ANDA BELUM MATANG SEKIRANYA...
MENGHABISKAN nilai kad telefon pra-bayar untuk berbual dengan 'kekasih'sedangkan wang membelinya daripada kiriman ibu bapa anda.
RELA menunggu berjam-jam, dalam hujan pula, untuk melihat gadis/jejaka yang anda cintai melintas jalan sedangkan solat anda secara ekspres (kurang 2 minit untuk 4 rakaat) atau tidak solat langsung.
MEMARAHI bahkan sanggup menampar adik anda yang tersilap cakap sebaliknya mampu tersenyum sekalipun dimaki hamun atau dihina oleh orang wanita/jejaka yang anda minati.
SANGGUP membaca novel cinta yang beratus-ratus muka surat dalam tempoh sehari, padahal tidak pernah membaca al-quran walaupun satu muka surat setahun.
ASYIK terkenang wajah kekasih yang baru seminit berjumpa dengannya tetapi tidak terkenang pun wajah ibu yang telah berbulan tidak anda temui.
SUSAH hati jika tidak menerima surat, e-mail, atau SMS daripada seseorang yang anda amat cintai sebaliknya anda tahu bahawa anda sendiri sudah lama tidak mengirim berita, menelefon, atau memberi SMS kepada keluarga dikampung.
MEMAKAI pekaian yang sehabis cantik untuk dating dengan kekasih sebaliknya hanya memakai singlet atau tidak berbaju langsung ketika solat.
LEBIH banyak mengucapkan 'I Love You' berbanding kalimah zikir seperti; SubahanaAllah, Alhamdulillah dan Allah hu Akbar!
Posted in Tentang Cinta...oleh Pahrol Mohd Juoi by NuR iMaN | 0 comments