.::BERMULANYA BUSY DISORDER::.  

Monday, October 12, 2009

Assalamualaikum wbt...


Salam ukhwah bagi mereka yg sentiasa menginginkan suatu perhubungan yg berlandaskan iman dan dalam menegakkan syiar Islam. Walau sesibuk mana kita sebagai khalifah jangan sesekali perkara yang wajib kita abaikan sehingga sejadah yg tersidai pun tak sempat dipandang, al-Quran dimeja tak sempat disentuh, kawan-kawan ditepi tak sempat nak senyum... Ibarat mengejar angin yang tiada penghujungnya. Akhirnya diri yang tersungkur dan tersadai di tepi laut hanya menanti tsunami untuk berserah pada nasib diri.


Kini, setelah di lihat kalender... sedar tak sedar dah pertengahan bulan oktober. maksudnya hanya tunggu beberapa minggu sahaja untuk berakhirnya semester ini. Apa yang perlu difikirkan sekarang? Ada lagi ke assignment yg tertunggak? adakah tesis yg tak siap di analisis lagi? atau memikirkan tntg pmhman subjek yg jauh ketinggalan? atau hanya menunggu exam yg tiada persediaan di minda? atau hanya meluahkan kesibukan yg melanda pada blog yg tidak bernyawa?


Kadang- kadang kesibukan mengajar kita untuk merancang, untuk bermotivasi, untuk merasa lebih takut akan masa yg berlalu atau untuk terus bertindak lebih pantas dlm mengejar semua perkara yang harus diselesaikan atas tanggungjawab kita sendiri. Tetapi, jangan sampai kesibukan yang melanda anda boleh menyebabkan tertekan, tidak bermaya, atau jangan sampai ianya menjadikan antara DISORDER. suatu penyakit yang menyebabkan kita tidak lagi mampu untuk berfikir dengan normal sebagai manusia dan menjadikan kita sebagai abnormal.


Apapun, perkara yang wajib harus diutamakan, perkara yang sunat harus dibiasakan, dan perkara yang penting harus didahulukan. semoga kita tidak menjadikan diri kita "Busy Disorder"iaitu kesibukan yang menyebabkan kita bingung dan celaru dengan masa yang ada dan tidak boleh dimanfaatkan sepenuhnya. wasalam

AddThis Social Bookmark Button


 

Design by Amanda @ Blogger Buster