Cerpen Dari Singapura  

Saturday, January 17, 2009

Cerpen ini diambil daripada laman web cerpen Singapura. Semoga kita mendapat sesuatu daripadanya.

Dia sudah tidak tahu apa yang patut dikatakannya.
Hari demi hari keadaan semakin buruk. Keadaan sekelilingnya diSingapura yang penuh dengan cabaran hidup. Dia sering termenung dan berfikir panjang.

- Kau ada baca berita baru2 ini disuratkhabar tak?-
Tanya seorang kawannya.
- Berita tentang pemerintah kita yang telah meluluskan KASINO?-
Tanya kawannya lagi.

Dia hanya tersenyum dan mendiamkan diri.
- Apa pendapat kau- Tanya kawannya lagi. Dan dia hanya tersenyum sinis.

Didalam benak kepalanya hanya Tuhan sahaja yang tahu!
Berita tentang pemerintah Singapura yang telah meluluskan perniagaan kasino dengan berbagai2 alasan itu ditelannya dengan begitu pahit sekali. Dia hanya mengeleng2kan kepalanya bila dia seorang diri. Tanda tidak puas hati dan tidak bersetuju. Dihadapan kawan2nya, dia cuba mengelakkan dirinya dari berbual tentang perkara itu.

Dilihatnya keadaan manusia2 disekelilingnya diSingapura.
Dia merenung anak2nya. Ahli keluarganya. Kawan2nya dan manusia2 lain disekelilingnya.

Dia melihat debu2 kota Singa semakin merimaskan.
Dia melihat kejatuhan moral diSingapura dimana-mana.
Kejatuhan prinsip moral secara senyap-senyap!
Kejatuhan segal sifat2 manusia yang mulia!
Kejatuhan moral manusia2 disebabkan sifat tamakkan kekayaan harta dan kemewahan hidup!
Dia melihat keruntuhan sifat hati budi manusia dizamannya.
Dia melihat hina dan kejinya hati manusia!
Kehilangan pegangan sifat budiman disebabkan takut miskin dan terlalu shak wasangka.
Dan sudah menjadi tamak..!! Amat tamak...!! Amat kronik...!!

Dia semakin sedar, bahawa diSingapura .... Wang dollar, kekayaan harta, kemewahan dan keselesaan hidup adalah segala2nya!

Apa peduli dengan moral!
Apa peduli dengan orang lain kata....!?
Yang pentingnya ialah bagaimana kita boleh menjadi kaya-raya, mantap ekonomi, senang dan mewah hidup..!
Bukankah itu adalah satu faktor yang fact lagi reality...!!
Bukankah itulah dia kenyataan hidup....!!

Kita mesti berusaha untuk jadi kaya-raya tidak peduli dengan apa cara sekali pun..!!
Slogan ini hendaklah ditanamkan didalam kepala, hati dan jiwa kita, anak2 kita, ahlikeluarga kita, bangsa kita sepanjang masa...!!
Itulah slogan hidup kita sebagai rakyat Singapura...!!

Kita mesti kaya..!
Kita mesti kaya..!
Kita mesti kaya-raya..!
Tidak kira apa cara sekali pun..!
Itulah slogan kita..!!

Kita perlu bijak bermain kata dan lojic atau apa sekali pun untuk menyokong slogan hidup kita....!! Kita mesti pandai memberikan hujah2 yang meyakinkan orang lain supaya mereka akan menyokong kita dan tidak berdaya membangkang serta terpengaruh dengan slogan kita...!!
Kita mesti bijak memainkan peranan memutar belit kerana tujuan slogan kita!
Yang pentingnya ialah kita mesti kaya!
Kerana wang dollar adalah segala-galanya!
Kerana kekuatan ekonomi adalah segala-galanya!
Bukan kekuatan jiwa, moral atau jati diri..!!

Awak bertanya tentang soal moral...?
Awak bertanya tentang soal ..... apa kata orang2 yang ahli beragama...?
Jawapannya adalah mudah..!
Biarkan mereka dengan sedikit tidak senang mereka! Keadaan itu akan berlalu! Kerana Wang adalah segala-galanya..!!! Kuasa wang akan membuat mereka terdiam dan mendiamkan diri..!

Dia maseh merenung panjang....
Dan dia juga sedar bahawa dia sedang hidup dipenuhi dengan manusia2 yang hauskan slogan itu!
Slogan yang secara rahasia begitu kuat sekali dipegang oleh ramai orang di Singapura!

AddThis Social Bookmark Button


0 comments: to “ Cerpen Dari Singapura

 

Design by Amanda @ Blogger Buster