Kawan, Sahabat, Teman...de beza ke???  

Friday, January 23, 2009

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
Teman yang baik adalah anugerah yang tidak ternilai daripada Allah. Teman yang baik penunjuk jalan, penguat langkah dan azam, pendamping yang akan selalu mengingatkan untuk bersungguh-sungguh berusaha membuat bekal negeri abadi. teman yang selalu memberi nasihat serta teguran bila kita membuat salah. Manusia yang lemah seperti kita tentunya memerlukan teman, untuk berkongsi suka dan duka, untuk mengingatkan kala terleka, untuk menemani kala beramal ibadat agar lebih bersungguh-sungguh, demi bersama meraih syurgaNya. Seorang Nabi Allah, Nabi Musa AS pun memerlukan teman lantas baginda berdoa kepada Allah agar mengurniakan teman penguat langkah, teman ke syurga. Adakah anda sudah bertemu dgn seorang teman seperti ini??? sukar bukan..tapi itulah realitinya.

kawan...sahabat... atau teman... bergantung pada penilaian anda sendiri. tapi sekarang untuk kita bertemu dgn kawan yg boleh menjatuhkan, atau tikam dari belakang tentu byk kan...depan mata kita je...jadi, bagaimana anda mengekalkan sebuah perhubungan dengan sahabat anda, sentiasa menjaga hatinya... atau berbuat baik kepdnye...atau mengikut shj telunjuknya...agar anda diterima. tapi tentu beruntung kan kalau dpt seorang teman yang memahami diri kita. mengambil berat... bertanya khabar...menolong n membantu bila susah...n ape2 je baik dibuatnye... mesti terharu kalau difikirkan. orang kata bercinta biar satu...berkawan biar beribu..jadi, maksudnya, kita berkawan bukan tuk sehari 2, tapi tuk selamanya, bukan ade niat tertentu atau mengambil kesempatan...maksdunye kerana harta, sebab perlu prtolongan...sebab xde kwn lain so kite terima die...tu tnye la diri anda sendri cozz die kawan...sbhabat atau teman anda dan begitu juga lah dalam mencari pasangan hidup. jadi, anda lah yang lebih tahu akan hal tersebut..:)

Marilah sejenak kita mengambil pengajaran dari Hadith Qudsi, dari Allah, Pencipta dan Pemilik kasih sayang dan cinta, yang menitipkan kasih sayang antara hati-hati, yang mengekalkan ikatan antaranya, yang memperteguhkan janji ikrar mereka untuk menjadi 'teman ke syurga', mencari redhaNya yang Esa, Pemberi Segalanya, Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. "CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling mencintai kerana Aku, CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling bersilaturahim kerana Aku, CintaKu mesti bagi orang yang saling menasihati kerana AKu, CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling mengunjungi kerana Aku, CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling memberi kerana Aku" (Hadith Qudsi) Lihatlah betapa Allah menjanjikan cintaNya yang Maha Agung kepada "teman ke syurga". Besarnya kemuliaan Allah janjikan kepada mereka yang mendasari perhubungan kerana sama-sama mahu mengejar redhaNya, menjadi teman ke syurga lantas dikurniakan teman ke syurga.

AddThis Social Bookmark Button


 

Design by Amanda @ Blogger Buster