Coretan dari Bingkisan Hati  

Saturday, January 17, 2009


Adakah anda pernah terfikir “Kenapa orang lain tidak fikir sama seperti apa yang kita fikirkan” dalam situasi seperti ini boleh menyebabkan timbulnya perasaan sakit hati, hampa, pasrah, benci, menyampah dalam diri kita. Kenapa saya berkata demikian???..kerana kadang kala orang lain sering melakukan sesuatu tindakan atau perkara tidak sama seperti yang kita inginkan dan kehendaki. Mereka seolah-olah membuatnya sekadar ‘main-main’ atau ala kadar atau tidak bersungguh-sungguh sedangkan perkara tersebut harus di pandang serius dan penting. Akibat daripada perkara tersebutlah akan menimbulkan konflik, ketidaksefahaman dan ketidakpercayaan antara seorang individu dengan individu lain atau dalam kumpulan. Oleh itu, saya yakin, kebanyakan semua orang pernah mengalaminya dan pernahkan anda terfikir kepada mereka bertindak demikian sedangkan tidak anda. Namun, selepas saya belajar bidang kaunseling, barulah saya mendapat jawapan daripada persoalan saya selama ini. Saya hanya berpegang pada 3 ayat sahaja untuk memujuk hati saya apabila berhadapan dengan manusia yang pelbagai ragam…nak tahu…???eemmm…Manusia Itu Unik. Disebabkan keunikan inilah menyebabkan kita sentiasa berjumpa dan berhadapan dengan pelbagai jenis sifat dan ragam manusia di muka bumi ini. Jika tidak di sebabkan keunikan ini mesti hidup kita tidak ceria dan meriah.
Cuba anda bayangkan sekiranya Allah S.W.T hanya menciptakan semua manusia mempunyai satu perangai iaitu semua garang atau semua pendiam dan semua sensitif atau pelbagai lagi. Mesti hidup ini tidak berseri kerana semuanya sama, jadi kita tidak boleh berkongsi tentang apa yang ada pada diri masing-masing kerana orang di sekeliling kita juga sama dengan apa yang ada pada diri kita. Sebaliknya, jika kita mempunyai perwatakan, citarasa, dan minat yang berlainan dan berbeza dengan orang lain, semestinya kita ingin berkongsi dengan orang tersebut. Jadi, bagaimana??? adakah anda boleh menerima kenyataan tersebut. Ingat sebelum kita berhadapan dengan orang lain, kita perlu tahu dan jaga sikap dan perwatakan kita. Jangan anggap apa yang kita lakukan semuanya betul dan boleh diterima oleh orang lain. Saya ingatkan bahawa setiap orang mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Jadi, jangan kita anggap semua manusia itu ‘perfect’ kerana ini akan menganggu hidup anda sendiri. Oleh itu, belajarlah memahami diri, kawan, keluarga, atau pasangan kita kerana manusia tidak boleh berubah seperti mana yang kita inginkan dan hanya kita yang mampu mengubah diri sendiri.

AddThis Social Bookmark Button


2 comments: to “ Coretan dari Bingkisan Hati

 

Design by Amanda @ Blogger Buster